Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Julai 2013

Jusuf Kalla Nak Saman Berita Harian.


Itulah yang dilaporkan oleh KeadilanDaily. Namun sayangnya ia disampaikan oleh Anwar Ibrahim. Kalau la si Jusuf itu sendiri hantar kenyataan bertulis kepada KeadilanDaily lebih baik. At least lebih keras dan tegas sikit tindakan Jusuf terhadap Berita Harian. Takut2 jek si Jusuf tue kenakan Anwar Ibrahim sepertimana Anwar Ibrahim terkena baru2 neh.

Yela.

Dia la individu pertama yang sebut Anwar ada buat perjanjian sulit dengan Najib bagi menghormati apa jua keputusan PRU ke 13 baru2 neh. Then bila Anwar mengaku ada buat perjanjian persefahaman dengan hanya Anwar jek sign, Najib tak sign [sebab takut kena kecam], dia buat satu lagi statement bahawa Anwar la yang cadangkan hal tersebut dan dia cuma jadi pihak ketiga jek. Padahal sebelum tue DSAI sebut yang Jusuf yang tawarkan diri untuk bentuk persefahaman tersebut, bukan datang dari mulut DSAI. 

Selepas tue statement demi statement dia keluarkan untuk balon DSAI. So aku berharap sangat DSAI tak terkesan dengan kenyataan2 dia melainkan dia buat penegasan bahawa sememangnya kenyataan dia telah diputarbelitkan oleh pihak2 tertentu.

Baca bawah ;


KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.



“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.



“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.



Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.



Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua-ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.



“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar



Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.



“Mana-mana ahli Parlimen yang ulang akan kita rujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan,” katanya.



Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505.



Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia. ~keadilandaily

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...