Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 5 Julai 2013

Isu Mesir - Kenyataan Najib Diperlihatkan Seperti Pro Israel.

Maaf Najib. 

Aku tak sukakan cara ko gambarkan suasana di Mesir seperti itu. Aku sangat terkilan dan sangat tak sangka rupa-rupanya ko adalah pemimpin seperti itu. Pandangan ko tersangatlah teruk dan ia tak sepatutnya disiarkan di berita. Apakah ko telah disabotaj untuk mengeluarkan kata2 seperti itu?

Rujuk bawah neh ;

Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.
Ini merujuk kepada kejatuhan Hosni Mubarak. Rakyat Malaysia patut jadikan iktibar walaupun Hosni jatuh, Morsi naik tak semestinya perubahan yang rakyat harapkan akan berlaku. So patut biarkanlah jek si Hosni berkuasa ek Najib?

Perdana menteri berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
Merujuk kepada pemerintahan Morsi di Mesir.

"Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis.
Merujuk kepada Morsi yang Najib anggap, gagal membawa tuntutan rakyat.
Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.

Perdana menteri berkata apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihan raya diadakan di masa terdekat, dengan dijalankan secara adil dan inklusif.
  
Namun begitu, beliau menegaskan peristiwa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir, "walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi."
  
"Diharap kerajaan baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjaminkan kestabilan jangka panjang negara itu," katanya.

So Najib kita harapkan kerajaan baru ditubuhkan dengan segera. Bukan nya menyokong Morsi mahupun IK. 


Oke.
Najib. Najib. Ko jangan cakap kita orang salah sangka plak ek.  Sepatutnya ko membantah tindakan tentera ke atas Morsi dan IK dengan sekeras-kerasnya. Bukan nya bagi ayat seolah2 ko menyokong pula tindakan mereka yang mahu membentuk kerajaan baru. Morsi naik dengan cara pilihanraya. Bukan dengan cara gulingkan kerajaan diktator Hosni Mubarak.

Pemerintahan Morsi banyak campurtangan dari orang2 Hosni Mubarak. Sebab tue kacau bilau. Dalam masa setahun banyak benda Morsi nak kena buat dan plan? Apa ko ingat Morsi tue SUPERMAN? Ada kuasa ajaib? Makan masa la. Rakyat di Mesir telah dihasut untuk membantah pemerintahan Morsi. Ia hasutan dari geng2 liberal dan sekular yang terasa pemerintahan Islam akan meranapkan mereka dalam pelbagai segi.

Dikhabarkan ketika ini pintu rafah jalan menuju ke GAZA dan terowong2 kecil yang digunakan untuk hantar bantuan kepada penduduk Palestine telah pun ditutup oleh tentera2 Mesir. Ini ko suka ke apa Najib? Sebagai rakyat, amatlah aku berharap ko mengecam dan mengeji tindakan biadap Abdul Raffah Al-Sisi tue, bukan nya mengiyakan tindakan dia dengan menyeru ke arah penubuhan kerajaan baru.

Tapi nampaknya tak gunala aku berharap lebih2 dari ko. Dari dulu lagi kalau bab isu2 gini memang ko akan memperlihatkan diri ko condong ke arah USA dan Israel. Silap besar la aku kalau harap lebih2 dari ko. Kita tunggu pula respon Anwar Ibrahim dan pembangkang. Adakah mereka sependapat dengan Najib ataupun lebih berani menyatakan pendirian?

Kita tunggu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...