Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Julai 2013

LGE Seru PAS Boikot PRK Kuala Besut.

OOOooooooo...


Time PAS ko suruh boikot. Cuba kalau itu kerusi DAP. Mao ke korang boikot? Yang suruh boikot sidang parlimen hari tue korang yang pertama sekali bersuara cakap takan boikot. Tapi bila kena kat parti lain ko dengan muka tak malu bagi cadangan suruh boikot?

Maaf. Cadangan tak diterima langsung. Kalau aku jadi PAS la kan.

KAH KAH KAH

Merujuk kepada situasi di Terengganu, PAS ada harapan untuk merampas Terengganu dari BN oke. Hanya beberapa kerusi yang membezakan mereka, sama kes dengan PERAK. Segalanya mungkin. Kita tatau apa akan berlaku pada masa akan datang. So kenapa nak boikot pula?

DAP pun tak boikot dengan alasan wujud penipuan terpilih di beberapa tempat. PAS juga boleh gunapakai alasan yang sama. 

Aku perasan dari dulu lagi bab2 parti politik neh. Bila kena kat orang lain, mula la depa guna hujah boikot la apa bagai la. Tapi bila kena kat diri sendiri, boikot ke apa ke semua letak ketepi. Ini la parti politik dan ini memang senario biasa. 

Aku berterus terang je la. Aku tak galakkan bahkan tak seru PAS boikot PRK neh. Dalam masa yang sama aku tak harap juga PKR dan PAS berbalah pasal kerusi. Jika di tanya pada aku, siapakah parti politik yang layak meletakkan calon di Terengganu? Aku cakap PAS.

Kenapa PAS?

Ini kerana aku melihat kepada sentimen persekitaran. Persekitaran Terengganu tak sama macam PERAK ataupun KL. Terengganu sama macam KELANTAN dan JOHOR.

Pengundi dia kalau yang melayu akan cenderung kepada PAS atau UMNO berbanding PKR, MCA, MIC mahupun DAP.

Kalau majoriti pengundi berdaftar ialah MELAYU, maka letak saja PAS. Tak payah banyak fikir.

Yang kena fikirkan sekarang neh ialah strategi untuk menang. Kemenangan neh ialah penanda aras kepada usaha kita. Kemenangan neh akan menyebabkan satu kerusi kita bertambah dan kedudukan kita semakin kukuh di Terengganu. Kemenangan neh juga akan membuktikan apakah cakap2 orang bahawa PAS, PKR dan DAP bertelagah dan hubungan mereka semakin teruk selepas PRU ke 13 ialah gosip semata2 ataupun benar.

Kita bukan saja perlu letakkan calon yang diterima oleh semua lapisan bangsa dan masyarakat, bahkan kita kena letakkan calon yang memang terbukti boleh buat kerja. Juga paling penting ialah calon yang memang tinggal di kawasan tersebut. Ada rekod berkhidmat dan mempunyai persepsi baik dari masyarakat setempat.

Apa pun jika LGE menyeru PAS boikot PRK di Kuala Besut, apa kata LGE menilai dulu tuntutan NGOs pasal boikot di Parlimen tue. 

Hehe. 

Tak pun cuba gunakan sedikit masa untuk menyemak penilaian DAP terhadap isu Jonker Walk. Dengar citer dulu2 DAP yang lantang gila menentang penubuhan Jonker Walk. Atas alasan akan menyebabkan kesesakkan lalu lintas.

Sekarang terbukti tindakan DAP suatu ketika dulu tepat dan berasas. Ia terbukti selepas 12 tahun berlalu. Tahniah DAP. DAP sepatutnya berbangga bahawa kajian dan ramalan mereka terbukti benar. So sepatutnya DAP bawa isu neh ke public bahawa tindakan mereka membantah suatu ketika dulu ada asas yang kukuh. Bagus. Sebelum menganiaya orang baik jangan buka. Ini dah menganiaya orang sibuk nak tutup pula. BN memang ada attitude yang suka menindas rakyat.

Disebabkan tindakan membuta tuli BN, beberapa peniaga akan terjejas akibat penutupan Jonker Walk tue. Dari awal lagi DAP bantah BN takmo dengar. Sekarang selepas menyusahkan dan menganiaya beberapa orang ko beria2 nak tutup pula. Adil ke? So memang tak adil. Baik LGE bincang isu neh dalam mesyuarat kepimpinan PR berbanding isu boikot tue. Oke?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...