Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Julai 2013

PAS Mungkin Singkir Mat Sabu?

Bukan lagi satu rahsia yang Mat Sabu adalah individu yang sering dikaitkan dengan kegiatan syiah.

Tolong faham betul2.

Dikaitkan dengan syiah. Bukan bermaksud dia sememangnya syiah ataupun kaitan tersebut benar.

Apa yang ingin dinyatakan ialah Mat Sabu seringkali dikaitkan dengan syiah oleh ramai orang meskipun aku tidak nampak secara zahirnya bahawa Mat Sabu itu syiah.

Kalau berborak dengan geng2 Pas Kedah, ada yang akan cakap Mat Sabu dipercayai syiah atas beberapa insiden yang aku takmo sebutkan disini.

Mereka tak guna perkataan Mat Sabu syiah tetapi mereka sebut dipercayai syiah.

Maksudnya perwatakkan Mat Sabu seolah2 cenderung kepada syiah, soalnya samada dia syiah ataupun tidak belum terbukti.

Citer2 pasal syiah neh menjadi semakin panas dalam PAS. Sebenarnya semua tahu muktamar tak berapa lama lagi. Ada beberapa rancangan yang mahu menaikkan individu tertentu dan menjatuhkan individu tertentu.

Sebenarnya aku sendiri tak suka kalau kita anggap menjatuhkan individu tertentu ialah merupakan perkara yang jahat lagi keji.

Aku lebih suka kalau kita melihat siapa yang bakal dijatuhkan dan apa tujuan dia mesti dijatuhkan.

Antaranya individu yang ingin dijatuhkan ialah Mat Sabu. Aku sendiri pernah menerima wassap bahawa apa sebab Mat Sabu mesti ditolak. Ia disebarkan di kalangan ahli2 PAS.

Alasan mereka ialah Mat Sabu ada kaitan dengan syiah.

Jika syiah ialah motif sebenar maka buktikanlah terlebih dahulu bahawa dia ialah syiah. Jangan bersandarkan kepada spekulasi dan gosip semata2.

Sampai bila kita nak lakukan umpatan belakang2 hishhh Mat Sabu syiahhh dowwwhhhhh..... Jika dulu guna mulut. Sekarang guna wassap. Akan datang guna apa?

Sebab tue langkah PAS mahu menyiasat sesiapa yang dipercayai syiah dalam pergerakkan PAS, aku sokong. Tetapi mahu menyingkirkan mana2 ahli PAS yang berfahaman syiah ini termasuklah pemimpin kanan jika terbukti, aku tak setuju. Maaf. Aku tak setuju.

Pemimpin kanan tak dinamakan dalam berita kat bawah neh tapi umum tahu pemimpin paling kanan dalam PAS yang sering di gosipkan dengan syiah ialah Mat Sabu.

Bagi aku dakwah dan tarbiah sepatutnya digunapakai dalam isu neh. Bukan singkir dan tolak.

Tapi sudah semestinya langkah pertama yang harus dibuat oleh PAS ialah kenalpasti terlebih dahulu siapa yang amalkan ajaran syiah. Kalau setakat ikut ikutan dan kagum sana sini itu bukan pengikut syiah beb. Itu namanya peminat jek.

Dan jika sesiapa ialah syiah sekalipun dalam atau luar PAS, mengaku lebih baik. Ko berani amalkan kepercayaan ko tapi ko tak berani mengaku?

Ini sebenarnya akan mengelirukan orang. Lebih2 lagi jikalau kita ada niat nak tukar penganut sunnah kepada penganut syiah. Ini apa? Ini maksudnya sebarkan syiah di Malaysia.

Adakah ini boleh dibiarkan? Boleh amal tapi tak boleh sebar. Nak amal, amal jek. Tapi jangan sebar. Itulah peruntukkan di negara kita. Cuma aku tak sure bahawa jika yang boleh amal tue terpakai atau tidak untuk orang yang lahir di Malaysia.

Sebab video yang memaparkan orang2 melayu amal syiah di markas syiah kat Selangor tue takde apa2 tindakan pun. Boleh jadi tak salah dari segi undang2.

Menghormati kepercayaan orang lain ialah benda yang aku suka buat dan sering buat. Sebab tue aku hormat jek penganut2 syiah neh. Meskipun aku tahu ramai di luar sana mengecam aku yang berlapang dada dengan penganut2 syiah.

Tetapi dalam waktu yang sama jika ko syiah tapi ko tak mengaku ko tue syiah dengan niat tertentu wajar ka kita saling hormat menghormati? Ko tak beri peluang pada masyarakat untuk menilai ko sejujurnya.

Sebab tue jika ada sesiapa yang syiah dalam atau luar PAS mengaku lebih baik. Tak perlu takut sebab undang2 melindungi hak korang mengamalkan syiah.

Beri peluang pada diri sendiri untuk jadi jujur dan beri peluang kepada masyarakat untuk kami melihat bagaimana ko mengamalkan kepercayaan ko dan beri peluang kepada hujah untuk mengambil tempat. Dari apa yang aku lihat jika ko syiah dan ko menafikan ia dengan berbohong itu lebih teruk sebab akan membentuk persepsi negatif terhadap diri ko dan kepercayaan ko.

Renungkan oke.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...