Akta Derhaka neh ada tujuan tertentu. Antara lain ialah memperkukuhkan kedudukan dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_19/Akta-Derhaka-wajar-dilaksana-tidak-bercanggah-Perlembagaan-Persekutuan
Antara hukuman yang dicadangkan di bawah akta tersebut ialah lucut dan buang kerakyatan negara. Dipenjarakan sehingga 2 tahun maksima. Akta neh sememangnya mendapat sokongan dari mufti di negara neh antaranya mufti Harussani.
Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/ngo-mufti-sokong-akta-derhaka-1.169080
Kewujudan idea / cadangan akta di atas ialah bertitik tolak kepada satu posting di media sosial yang bercerita tentang ucapan Agong, dan telah disifatkan as menghina oleh beberapa pihak yang menyokong kerajaan.
Berikut kenyataan yang dimaksudkan.
Jika di tanya pada aku, aku akan cakap tiada apa2 yang disifatkan menghina dalam kenyataan di atas. Aku juga cenderung mengatakan tindakan ke atas dia adalah tindakan bermotifkan politik. Sama seperti tindakan mewujudkan akta derhaka. Yang sebenarnya apa yang ingin dilaksanakan oleh akta derhaka sudah pun dipenuhi dalam perundangan negara melalui akta hasutan dan beberapa pecahan akta sampingan yang lain.
Jadi tiada keperluan mewujudkan akta neh. Ia sia2.
Pendapat aku secara peribadi akta neh dicipta untuk menakut2kan rakyat marhaen dari bersuara tentang institusi beraja di Malaysia, serta peranan2 yang diambil oleh Agong dan Sultan2 di Malaysia.
Ada orang yang tak faham. Orang2 macam aku sebenarnya sedang dikelirukan. Sudahla kami berada dalam keadaan yang keliru, dan kini kami dihukum setelah kami dikelirukan oleh orang2 yang marahkan kami yang bercakap pasal peranan dan pembawaan Sultan2 dan Agong di Malaysia bila ia berkaitan isu2 semasa dan pentadbiran negara.
Ada orang yang tak faham. Dia kata nak tahu apa tugas Agong dan Sultan? Buka perlembagaan. Belajar sejarah. Masuk sekolah balik. Semua sudah tertulis.
Aku rasa orang macam neh mesti ingat bahawa buku dan perbuatan ialah senada. Seperti Alquran dan umat islam ialah selari. Teori berasas tanpa pratikal.
Alquran ialah Alquran. Alquran bukan umat islam. Perlembagaan ialah perlembagaan, perlembagaan bukan mewakili sikap raja mahupun Agung. Perlembagaan mengariskan apa fungsi raja, tetapi samada raja menjalankan fungsi ataupun peranan tersebut, itu ialah cerita lain.
Rakyat marhaen macam aku diseru untuk melindungi peranan Agong dan Sultan. Benda yang aku tak boleh buat tanpa memahami dulu akan keperluan untuk berbuat demikian. Aku berdoa pada Allah. Ada doa2 yang Allah makbulkan. Jadi aku sayangkan Allah. Atau makin, sayangkan Allah.
Maksudnya kat sini wujud komunikasi antara aku dengan Allah. Aku terkesan dengan kasih sayang yang Allah tunjukkan dan zahirkan. Walaupun, ia secara tidak langsung.
Tapi apa pula komunikasi aku dengan AGong mahupun Sultan?
Maksudnya apa benda yang Agong buat, yang terkesan pada diri aku? Aku susah pun hanya Allah je yang tahu, keluarga ter-rapat, teman2, kawan2, bukan nya AGong. Tidak tahu sebenarnya bukan isu. Memang logik kerana kami tak kenal.
Memang bangang la kalau aku jatuh longkang pun aku bengang sebab Agong tak tahu ataupun aku nak rasa Agong tak amek berat. Yang aku maksudkan di sini ialah perbincangan2 mengenai beberapa polisi yang menekan rakyat marhaen macam aku. Contohnya isu GST. Sejauh mana Agong2 dan Sultan2 neh bersuara dan memberikan pendapat yang mesra rakyat? Ataupun sekurang2nya terkesan dengan benda2 yang menganggu rakyat marhaen macam aku?
Mana mereka?
Nanti akan ada suara2 yang sebut, hello, GST ka apa2 benda yang related dengan pentadbiran itu urusan Najib dan BN. Jangan heret Agong dan Sultan ma.
So, dalam ucapan, bila Agong dan Sultan, berkata sesuatu yang selari dengan BN yang menekan rakyat marhaen, takpe? Yang tue boleh bercakap pasal pentadbiran? Masuk campur dalam urusan apa seme? Asalkan bila pendirian yang pro rakyat, ia jadi tak boleh sebab di anggap masuk campur urusan pentadbiran yang jelas2 di bawah keputusan Najib?
Sokong BN = Ucapan pasal pentadbiran dan polisi kenegaraan, boleh.
Sokong hujah rakyat = Ucapan pasal pentadbiran dan polisi2 tertentu, tak boleh sebab menekan rakyat?
Nampak tak? Faham tak bagaimana kami dikelirukan dengan benda2 yang korang sendiri selalu tonjolkan?
Kalau tak boleh diperlihatkan untuk condong ke rakyat, maka bukan kah sepatutnya tak boleh diperlihatkan untuk condong ke BN juga?
Hubungan antara rakyat marhaen dengan Agong tak perlukan BN sebagai orang tengah. Biarkan kami berkasih sayang dengan Agong kami sendiri melalui hubungan dua hala. Jika kami tertekan, ada masalah dengan BN, ada masalah dengan PR, ada masalah dengan mana2 pemimpin kami, bukan kah Agong itu jalan terakhir yang kami ada untuk suarakan seme benda yang terbelenggu dalam jiwa kami?
Kadang2 aku terfikir. Apa mungkin yang sebenarnya Agong aku neh diberikan maklumat yang salah mengenai pendirian rakyat melalui polisi2 yang diperkenalkan oleh BN?
Ingat. Jika BN menindas rakyat, atas proposal ataupun watikah itu ada sign dan persetujuan dari Agong, secara tak langsung, Agong juga bersetuju dengan polisi2 tersebut. Polisi2 yang menyakitkan rakyat.
Jadi jika ini berlaku atas sebab apa kami tak boleh mempersoalkan pendirian dan tindakan Agong dan Sultan2 di negara neh? Apakah ada jaminan bahawa semua tindakan2 Agong dan Sultan2 di negara neh selari dengan tuntutan Islam? Selari dengan aspirasi Rasul Allah?
Sebab tue aku tekankan konsep hubungan dan komunikasi dua hala.
Kalau kami salah, katakan kami memang salah. Betulkan kami dulu. Fahamkan dulu atas sebab apa kami melakukan kesalahan. Bukan nya marah dan memukul kami tanpa mendengar dulu apa penjelasan kami.
Jangan takutkan rakyat dengan akta merapu lagi sampah seperti akta derhaka. Sebaliknya jika kami jauh dan terasa ahti dengan Agong, patut dekatkan kami dengan mereka. Rungkai salah faham dan permasalahan yang wujud.
Izinkan kami berbual dan berbicara dengan Agong kami. Izinkan kami meluahkan apa benda yang BN buat ke atas kami kepada Agong kami. Izinkan kami dan AGong kami berkomunikasi secara langsung supaya Agong kami boleh mainkan dan bawa peranan dia dengan lebih cekap dan berkesan.
Dalam erti kata lain, izinkan kami dan Agong saling kenal mengenal, rapat merapati, berinteraksi dan berhubung.
Memudahkanlah jalan perhubungan antara kami dengan Agong at least Agong sedar sejauh mana BN kejam terhadap kami meskipun Agong mungkin tak mampu berbuat apa2.
Dan ini ialah apa yang dirasai oleh ramai rakyat marhaen seperti aku. Sejauh mana agaknya Sultan2 dan AGong kita sanggup hulurkan tangan dan melihat mata rakyat dari kaca mata RAKYAT, bukan nya dari kaca mata BN?
Nota : Sebarang bentuk perbezaan pendapat dengan Agong dan Sultan [mana2 pihak sekalipun], harus dizahirkan tanpa menggunakan ayat yang kasar dan menghina. Jikalau benar ada yang menghina sesiapa sekalipun, aku tak setuju. Menghormati institusi beraja tak bermaksud tak boleh menyatakan perbezaan pendapat. Itu jek. Thanks.