Tapi kalau ya polis tahan sebab kanak2 tue melibatkan diri dengan flashmob memang la kelakar. Flashmob jek kot. Bukan jenayah atau buat benda2 merepek yang tak tentu pasal pun..
Bagi aku daripada melalak atas pentas Aznil, flashmob neh sejuta kali ganda lebih berfaedahnya. Sorry la Aznil, kalau ko nak terasa, terasa je la. Dari ajar anak2 berhibur tak tentu hala, ko ajar dia pasal politik, apa masalahnya?
Takde hal la benda2 gini. Orang bebal je yang anggap anak2 tak patut didedahkan dengan politik dan isu2 semasa. Jangan sempitkan otak kanak2 dengan fikiran sempit korang tue. Selagi mana ia bukan mengundang bahaya kepada kanak2 tersebut, ia oke. Kalau dah mengundang bahaya itu lain citer lah.
Yang aku heran, ini la first time peserta flashmob di tahan oleh polis. Kenapa ek? Buat flashmob kena ada lesen ka? Kena minta izin ka? Ataupun ia merupakan satu kesalahan di Malaysia?
Sejak bila?
Lihat video insiden kat bawah neh beb ;
Apa pun sedikit sebanyak aku puji juga tindakan polis kali neh. Aku puji bukan sebab polis tahan member2 SAMM yang buat flashmob tue, aku puji sebab polis tanpa sedar telah membantu mempromosikan perhimpunan mega yang akan berlangsung pada minggu depan di padang merbok.
Hehe.
Thanks la polis. Bertambah2 ramai yang akan tahu.. lebih2 lagi ada sekumpulan orang yang akan berkampung di parlimen. Promosi lagi please.. we need your cooperation la encik polis.
KAH KAH KAH