Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 11 Jun 2013

Speaker Parlimen Sound Anwar Ibrahim Dan Chegu Bard.

Mula2 Anwar.

Sebab Anwar melihat gesaan oleh beberapa NGOs friendly PR mempunyai cadangan yang berasas bila mereka anjurkan idea agar PR boikot acara angkat sumpah bagi menekan SPR akibat ketidakcekapan mereka dalam menanggani beberapa masalah dalam PRU ke 13 baru2 neh.

Anwar dan PKR. Antara sikap mereka yang aku suka ialah mereka cepat react terhadap apa2 isu yang kita utarakan pada mereka.

Mereka tak amek masa yang lama untuk respon. Soal tindakan mereka favor ke tak favor ke kita ke tue citer lain. Citer dia ialah apa2 isu yang kita argue atas media sosial, PKR cepat tangkap, cepat respon dan cepat buat keputusan. Actually menarik cara mereka buat macam neh walaupun kadang2 keputusan mereka kelam kabut.

Respon Anwar bila gesaan itu dibuat ialah Anwar seolah2 favor kepada desakan NGOs tersebut. Meskipun PAS dan DAP ada pendirian yang berbeza. Kat sini aku taknak cakap PKR betul DAP dan PAS salah.

Bagi aku pendirian yang PAS dan DAP amek tepat. Ko boikot pun tak guna. Sama juga di hari lain ko kena angkat sumpah. Tapi jika ko serang SPR dalam parlimen tue lain citer. Bagi aku serang SPR dalam parlimen lebih mendekati matlamat kita berbanding boikot.

Lebih2 lagi bila Speaker cakap kalau ko tak hadir angkat sumpah pada hari pertama, ko tak boleh masuk parlimen. Tue lagi teruk.

Membayangkan bahawa angkat sumpah hanya boleh dilakukan pada hari pertama. Juga membayangkan angkat sumpah tue penting supaya ko boleh berbahas di parlimen.

Jika benar ia terkandung dalam peraturan mesyuarat maka pr kena alert dan aware la. Peraturan bukan sesuatu yang boleh di ubah mengikut kesesuaian ko.

Jadi Anwar Ibrahim kena alert bab neh. Chegu Bard takde hal. Chegu bard bukan mp pun. Tapi Anwar MP. Bahkan Anwar ketua pembangkang. Jika peraturan neh memang wujud maka tak rasional desak DSAI boikot. Macam mana nak bawa aspirasi rakyat jika belum apa2 nak masuk parlimen pun tak boleh?

Rasanya bn memang suka kot benda neh. Takde dsai dalam parlimen. Aman beb.

Mohon timbang semula permintaan boikot2 neh. Sekurang2nya sehingga ada penjelasan yang jelas tentang apa yang diperkatakan oleh speaker kat bawah neh. Bagi aku misi tawan parlimen yang akan dibuat oleh sesetengah pihak tue lagi bagus dari boikot2 parlimen neh. Siyes.

Baca bawah ;

Kesemua 222 anggota parlimen mesti mengangkat sumpah jawatan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagipenggal ke-13, yang akan bermula 24 Jun ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata jika ada yang tidak berbuat demikian tanpa sebab kukuh, mereka akan dihalang daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat, justeru menjadikan mereka 'strangers of the House'.

Beliau menjelaskan mengenai Peraturan Mesyuarat Nombor 1 yang menyatakananggota-anggota parlimen perlu mengangkat sumpah pada hari pertama persidanganbagi satu penggal baharu itu setelah memilih seorang yang dipertua Dewan Rakyat.

"Jika anda tidak (berbuat demikian), anda memperolokkan peraturan anda sendiri sebagai wakil rakyat, mempersendakan Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi taklimat bagi anggota parlimen, Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai rancangan anggota-anggota parlimen pembangkang untuk tidak mengangkat sumpah jawatan pada hari berkenaan sebagai tanda memboikot keputusan pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...