Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 13 Jun 2013

'Kami tidak akan letak jawatan' - Pengerusi SPR.

Tahniah.


Tahniah kepada pihak2 yang konsisten meminta pengerusi dan timbalan SPR untuk meletak jawatan. Suara dan desakan tue kuat sangat sampai dia terdengar dan lakukan respon balas. Ini membuktikan kalau kita konsisten desak dia letak jawatan lama kelamaan dia memang akan terpaksa melepaskan jawatan tersebut la akhirnya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) menegaskan barisan kepemimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurutnya, barisan kepemimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sumber :  http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130613/dn_04/Kami-tidak-akan-letak-jawatan

Heret nama Agong nak bekap diri sendiri. Tak tahan betul. Kalau dah tak perform tue tetap la tak perform so kalau sungguh bertanggungjawab memang akan letak jawatan pun. Selain dari heret nama Agong untuk selamatkan diri sendiri, SPR juga heret peguam negara untuk bekap diri sendiri.

Aku tak sure la samada pemberita salah sampai kan ke apa ke tapi semalam di tv3 ada melaporkan bahawa SPR akan lawan seme petisyen2 yang difailkan dengan menggunakan peguam2 dari jabatan peguam negara.

Sekali pandang memang nampak macam takde apa. Tapi kalau ko perhalusi benda neh betul2, memang akan ada clash nya weh.

Peguam negara kita condong kepada siapa?

BN pun ada failkan petisyen gak. So SPR nak lawan macam mana? Aku siyes tak berapa faham macam mana agaknya SPR nak defend diri sendiri gunakan peguam2 dari kerajaan. Kerajaan neh pula ditadbir oleh BN. Aku dah boleh nampak sesuatu yang aku syak sebagai tidak telus.

Aku tak nafikan hak SPR untuk defend diri sendiri. Mestilah SPR patut dibolehkan untuk bela diri. Tapi aku tak faham sangat perjalanan mahkamah neh macam mana bila SPR menggunakan peguam2 dari kerajaan untuk bekap diri sendiri. Kalau SPR melawan PR, oke la dia gunakan peguam2 dari kerajaan. Kalau SPR lawan BN macam mana? Neh sesama geng neh? Haizh.. macam pelik aku dengar.

Apa pun aku takmo buat apa2 kesimpulan dan telahan awal sehingga kes tersebut dibicarakan. Tunggu dan lihat je la dulu. Cuma sekarang perkemaskan misi dan matlamat je la dengan mendesak pengerusi SPR letak jawatan, oke?

So jangan lupa 22 hb neh dan disambung sampai berkhemah depan parlimen. Rujuk sini untuk maklumat lanjut : http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/hot-aktivis-bakal-kepung-parlimen.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...