Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Mac 2013

UMNO buang rezeki yang Allah bagi.

Aku tak ingat bila. Tapi mungkin bulan lepas kot. Aku ada tengok satu rancangan. Dari korea. Ia mengisahkan tentang artis2 popular mereka ke sebuah negara yang bernama somalia [aku harap aku tak salah ingat] untuk menghantar bantuan dan merasai kesusahan hidup orang sana.

Artis2 popular ini share pengalaman mereka sambil menangis2. Antara yang terkesan di ahti aku bila seorang gadis dalam usia belasan tahun kerja ketuk batu untuk sara kehidupan mereka, nak bagi adik2 dia makan, nak bagi adik2 dia pelajaran.

Mak budak tue dah lari. Dah bertahun tak contact. Artis korea yang ditugaskan untuk meringankan beban dia berusaha mencari mak kandung kepada budak tersebut. Pada saat artis tue bawa mak budak tue kepada budak tue, budak perempuan tue happy sambil menangis. Mungkin sedih kerana mengenangkan mak kandung sanggup tinggalkan mereka bertahun2 lamanya. Budak tue pun tak pernah berdendam kat mak dia. Dia faham mungkin mak dia lari sebab hidup susah kat situ.

Bayangkan nak cari makan setiap hari kena ketuk batu berjam2 lamanya.

Kehidupan seperti dia, pernah aku lalui cuma tak pernah sesusah itu. Antara makanan yang aku makan hampir setiap hari sepanjang 17 tahun dalam kehidupan aku ialah telur. You name it. Telur goreng. Telur masak kicap. Telur rebus masak sambal. Telur rebus masak kari. Telur goreng masak sambal. Telur dengan maggie. Seme jenis resepi telur, aku dah rasa.

Untuk orang2 susah macam aku, telur adalah pengganti ayam. Pengganti ikan. Untuk makan ayam aku kena tunggu time mak aku dapat gaji. Sebulan sekali dapatla merasa. Untuk makan daging tunggu time raya. Itupun kalau mak aku beli. Untuk makan sotong atau udang tunggu la 3,4 bulan sekali kalau mak aku ada duit lebih dia akan beli. Untuk makan ikan yang murah2, yang dah lama2 sikit, adalah dalam sebulan 2 atau tiga kali. Untuk makan tauhu, sardin, maggie, telur, sambal ikan bilis, ia hampir setiap hari. Menu berbeza, cara masak berbeza tetapi intipati yang sama.

Dan semalam aku terbaca berita ini.



30 orang dari pelbagai NGO berdemo depan HQ PKR. Konon nak tunjuk protes pasal statement Tian Chua. Siap pakai lilit kepala lagi.


Owh hoo pejuang islam rupanya.

Kerana Allah rupanya.

Apa pernah kita baca sirah Nabi saw dan sirah mana2 pejuang islam memperlakukan makanan seperti ini?

   
Tunjukkan kepada aku kalau ada.

Telur2 ini kalau ko bagi kat orang2 susah, pahala dapat kepuasan pun dapat. 

Ya ko kaya. Ya ko mewah dengan makanan, Ya ko hebat ada kerjaya yang bagus, rumah yang bagus, kereta yang bagus segala2 yang ko dapat bagus2 belaka. Thanks kepada Allah kerana ko begitu bagus orangnya.

Tapi adakah kerana kebagusan itu ko rasa telur itu bukan makanan ? Atau kerana telur tidak mencapai standard makanan yang bagus bagi ko sehingga ko buang2 telur seolah2 ia makanan yang tiada nilai?

Mungkin telur tidak boleh kenyangkan ko. Tetapi telur itu boleh kenyangkan ramai orang2 di malaysia. Yang miskin2. Yang hidup melarat. Yang hidup merempat. Yang bersepah kat jalanan. Yang bersepah minta derma kiri kanan. Yang bersepah duduk tepi jalan jual tisu apa seme. Telur itu sesungguhnya dapat membantu mereka.

Ko mungkin tak pernah hidup susah. Sebab tu ko tak nampak yang walaupun ia telur, ia still makanan. Ia still boleh mengenyangkan. Ia tetap lebih baik dari masak batu dalam air. Apabila makan telur kita tetap boleh kurangkan rasa lapar.

Selama 17 tahun. Tidak ada hari aku berlalu tanpa makan telur. Disebabkan itu aku menjadi suka kepada apa jenis makanan yang ada telur. Sama sukanya aku kepada maggie yang aku belajar untuk asuh diri aku bahawa aku kena boikot maggie itu. Walaupun aku tahu ia sukar.

Dan ketika aku melihat gambar umno buang telur di HQ PKR semalam, aku terfikir. Kalau la mereka tahu apa yang mak aku kena buat untuk pastikan dia boleh beli telur untuk beri anak2 dia makan, apakah mereka tergamak untuk memperlakukan makanan itu seperti itu? Apakah mereka akan sampai ahti untuk buang rezeki seperti itu? Apakah mereka akan sedar bahawa di malaysia ini ada orang yang hanya makan telur dengan nasi untuk teruskan kehidupan sehari2

Apakah mereka terlalu jauh dari orang2 yang susah sehingga mereka langsung tak pernah memahami? Buka langkah itu. Datang kepada kami. Dan aku akan tunjukkan bukti. Di malaysia ini orang yang malas memang wujud. Tetapi bukan semua yang susah itu malas orangnya. Baling kayu jika ko mahu. Tetapi bukan makanan. Jika ko ada banyak duit, dan mahu 'campakkan' apa2 jenis makanan, email aku. Aku akan pimpin ko ke tempat yang betul. Benci PKR jika ko mahu, tetapi bukan buang rezeki. Jangan berlagak hanya kerana ko kaya dan berduit. Oke.




Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...