Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 15 Mac 2013

BREAKING NEWS : P1 Bala Disahkan Mati.

Dalam perjalanan ke hospital.

Info yang aku terima melalui wassap ialah PI Bala baru saja disahkan telah mati akibat serangan jantung secara tiba2. Then check kat malaysiakini memang sahih mati. Baru je disahkah mati. Yang ditulis disitu ialah kena serangan jantung pada waktu pagi. Dalam perjalanan ke hospital dia mati.

Belum boleh buat apa2 kesimpulan, tuduhan dan sebagainya. Lepak. Tunggu laporan bedah siasat. Apa pun jika benar kematian ini insiden yang dirancang kita akan bongkar isu ini habis-habisan. Kalau memang benar ajalnya begitu, kita menerima saja apa yang telah ditetapkan. 

Apa pun Bala tidak dapat bersama2 kita untuk berkempen bagi memenangkan pakatan dalam PRU ke 13 ini.. kita berharap keluarga mereka tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini. 

R.I.P.

Kemaskini ;

Menurut R.Sivarasa Bala telah pun mendapatkan rawatan berhubung masalah jantung di hospital dan doktor sahkan dia oke pagi tadi. Tetapi jam 1.30 tiba2 dia mengadu mengalami kesesakan nafas yang membawa kepada punca kematian dia.

P.I Balasubramaniam selama ini pun memang sedang menjalani rawatan bagi masalah jantung. Dia dijadual menjalani rawatan susulan dalam masa 3 minggu. Tetapi nampaknya dia telah pergi sebelum itu, ketentuan Allah.

Apa pun sekarang bloggers umno dok perlekehkan kematian Bala sebab dia bersumpah guna kitab hindu. Pertama dorang kutuk kematian dia. Kedua dorang kutuk2 agama hindu. Aku pun tak faham ah dorang. Walaupun orang yang mati tue orang yang ko benci, apa logik ko nak kutuk2 dia dan agama dia sedangkan dia dah tak boleh nak bangun untuk bersoal jawab dengan ko? Adakah korang nak lawan dengan orang mati since korang tak boleh menang bila berlawan dengan orang hidup plak?

Tah pape.  

Kemaskini dari TMI ;

Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider pada pukul 2.50 petang hari ini. “Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu,” kata Americk kepada The Malaysian Insider. Americk mengatakan isteri Balasubramaniam menghubungi ambulan apabila bekas penyiasat persendirian itu mengalami serangan jantung dirumahnya.
Peguam mengatakan sudah terlambat apabila ambulan sampai sambil menambah: “Beliau meninggal dunia ketika masih di rumah”. “Mayatnya dibawa ke hospital Sungai Buloh,” katanya. Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi “pulang ke rumah untuk berehat”.
Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik. “Ia adalah sangat tidak dijangka. Saya dalam kesedihan ... saya fikir dia mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terbaik kita pernah miliki,” kata Americk, yang tidak berada di rumah anak guamnya apabila serangan jantung berlaku.
“Saya dengar tentang itu. Saya mengucapkan takziah,” kata Deepak Jaikishan dalam reaksi segeranya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
  






Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...