Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Mac 2013

Lahad Datu - Anwar Bakal Ditangkap ?

Bunga2 sudah ada. Bunga2 ke arah itu sedang hangat dirancang. Pertemuan AG dan KPN bukan benda rahsia. Ia telah terdedah di akhbar bahawa mereka akan berbincang untuk membawa kes lahad datu ke peringkat perundangan.

Adakah ini salah? Tidak. Baguslah bawa kes ini ke peringkat keadilan. Mereka2 yang terkorban harus diberikan pembelaan. Mereka2 yang membunuh dan bersetongkol haruslah dihukum, setimpal dengan kesalahan mereka. Untuk memberikan pengajaran kepada semua pihak yang terlibat. Ini termasuklah kes projek ic. Yang mana antara punca bn menutup insiden lahad datu di peringkat awalnya.

Jika korang baca petikan ini ;


  
Kenyataan Hishammudin. Jangan tengok tajuk. Tengok isi artikel.

1. Spekulasi media asing = tidak bertanggungjawab.

2. Amek berita dari media asing yang berspekulasi pasal pembabitan dsai =  bertanggungjawab?

Ya. Jika ia berita yang menyebelahi ko maka ia tidak betul, palsu, jahat, berniat jahat plus tidak bertanggungjawab. Tetapi ia akan jadi sebaliknya jika berita itu berpihak kepada ko? Itu sebab aku tak percaya apa2 berita yang diterbitkan oleh media manila. Time depa kaitkan dengan dsai mahupun najib itu seme aku anggap SAMPAH.

3. Tuntutan. Perkataan tuntutan ditulis disitu. Mereka menuntut sesuatu. 

Jadi ini ialah susulan dari rundingan demi rundingan yang telah berlaku selama beberapa tahun. Isi tuntutan ialah ;

1. IC

2. Tanah

3. Penglibatan dalam projek minyak di Mindanao.

Betul tak?

Hehe.

Baiklah apa yang ingin ditonjolkan disini ialah jika menteri sendiri marah petik berita luar maka apa sebab menteri dan orang2 dia boleh mengaitkan dsai dengan pencerobohan di lahad datu berpandukan kepada berita2 luar negara? Itupun lain yang dorang nyatakan, lain yang korang sampaikan. Adakah itu bukti yang boleh mengheret dsai ke dalam penjara selama beberapa hari dalam tempoh berkempen?

Kemungkinan besar dsai = ke kurungan = dalam tempoh pembubaran parlimen = dilarang berkempen.

Itu sebab imej dia diserang kaw2. Lahad datu dan liwat III. Supaya orang tidak akan beria2 berdemo di atas jalanraya. Apatah lagi itu tempoh untuk berkempen. Sanggup ke ko bergolek atas jalan berdemo agar dsai dibebaskan? Aku tak sanggup. Minta maaf, aku memang tak sanggup. Bergolek la kalau korang sanggup, masing2 ada cara masing2. Cara aku bukan bergolek2.

Oleh kerana DSAI sudah mengambil tindakan SAMAN maka automatik kenyataan akhbar manila tidak boleh dijadikan bukti ataupun hujah bagi KPN dan IGP untuk mengheret dsai dalam isu ini. Apa yang tinggal ialah gambar2 DSAI bersama Nor Misuari dan pertemuan DSAI dan orang2 nya dengan Nor Misuari.

Seperti yang kita sedia maklum pada awal pemberitaan nama MNLF langsung tak disebut2. Tetapi bagi memastikan ia dikaitkan dengan DSAI maka nama MNLF tetiba naik. Ini memberikan gambaran bahawa

Tentera sulu = orang kiram = kiram sahabat baik MNLF nor misuari = nor misuari berkawan dengan dsai ketika dsai berkhidmat dalam bn = dsai ialah pembangkang = dalang lahad datu = hilang undi / kepercayaan masyarakat malaysia.

Dalam kisah2 di atas neh ada pecahan masing2. Ada kronologi yang tersusun. Susah nak terangkan satu persatu. Cukupla kalau korang tahu bahawa insiden di lahad datu tue memang ialah pencerobohan yang nyata. Dan ia telah didivert kepada isu asal iaitu dari isu tuntutan kepada isu ia adalah kerja dsai untuk merampas sabah.

Umno lihat isu neh bn boleh pergi. Sebab ramai rakyat malaysia marah, marah anggota keselamatan kita dibunuh, diseksa dan marah tanahair kita diceroboh.

Pada awalnya isu neh ialah isu kesilapan bn dalam menggunakan taktikal tertentu untuk memastikan kes neh diselesaikan ikut perancangan. Campurtangan menteri dalam urusan2 keselamatan ini juga tidak menyenangkan pasukan keselamatan negara. Tapi apa boleh buat, menteri perasan dia pernah duduk dalam polis dalam tentera tue yang perasan bagus dengan teropong dia tue. Last2 dah jadi teruk. Tak pasal2 anggota kita terkorban. Pasukan keselamatan negara kita bagus yang tak bagus tue menteri kita oke.

Then tetiba bn lihat bahawa kesilapan mereka boleh ditebus dengan divert perkara ini atas bahu dsai. Ini antara bunga2 yang mengambarkan dsai akan MUNGKIN DITAHAN dalam masa terdekat.  

Lihat bawah ;


Ini ialah bunga2. Ini ialah perancangan yang mahu menyekat kebebasan dsai berkempen dalam pru-13. Lebih2 lagi bila parlimen dibubarkan. Meletakkan dsai dalam satu kurungan itu adalah benda yang bn memang nak sangat buat. Cuma tatau cara mana untuk memastikan rakyat tak protes samada melalui undi mahupun tindakan.

Kalau korang rujuk di atas PM buka siasatan selepas akhbar manila melaporkan hal tersebut. Aik. Hishammudin cakap jangan dengar spekulasi media luar. Yang kat bawah neh pun benda yang lebih kurang sama yang menteri luar sebutkan ;

 
Hish.

Tapi PM kau arah siasat dsai. Dia suruh risikan tempatan siasat. Based paper je bhai. Dan hasil risikan itu la nanti akan digunakan untuk heret dsai. Perlukan bukti yang lebih kredibel agar penahanan dsai tidak dipersoalkan. Inilah taktik mereka. Samada mereka akan proceed dengan plan ini ataupun plan lain. Selagi najib takde solid plan untuk kenakan dsai selagi itu dia berkira2 untuk umumkan tarikh pru. Ini je sebabnya. Kajian dia seme syok sendiri. Kononnya bn berjaya mengembalikan keyakinan rakyat la seme jadah la itu seme BULLSHIT.

Sekarang katakan saja kalau dsai bakal ditangkap ataupun didakwa, apa yang perlu kita buat? Rileks. Jangan bertindak melulu dengan pergi lakukan vandalisme plak. Kita akan fikirkan apa yang perlu kita buat andai dsai benar2 ditahan ketika itu. Buat masa sekarang cukupla korang seme sedar dan maklum bahawa bunga2 untuk memastikan dsai ke dalam sedang dijalankan dengan rapi, terperinci. Itu je. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...