Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Mac 2013

Lain yang Wikileaks Dedah, Lain Yang Buletin Utama Sebar..

Aku tonton BU. Mereka ada siarkan isu wikileaks tue. Kelakar beb, kelakar. Punyala nak kaitkan juga depa buat citer kat bawah neh hah ;




Depa cakap Wikileaks dedahkan DSAI ada kaitan dengan pencerobohan di sabah. Dan itula yang depa dok berulang kali jaja. Dan bagi mereka yang faham english mungkin akan terpedaya. Tetapi bagi kita yang faham akan cakap

WHAT THE HELL IS THAT? SO THIS A THING THAT U NAMED IT AS A PROOF? GET A LIFE LA BRO. EAT BURGER KAW2 LA DUDE. WALAWEI.

Itu bukan bukti. Bukan. Aku tak berapa nak layan isu bodoh di atas neh. So memang la aku malas nak update. Sah2 ia merepek gile. Tapi nampaknya ada juga yang percaya kat bloggers umno. Walhal aku dah cakap banyak kali. Apa2 benda yang bloggers umno sampaikan ingat macam neh jek

Ia adalah fitnah sehingga terbukti benar.

Maksudnya asal dorang update conform fitnah. Ia terpakai untuk bloggers bm la. Yang english version ada hujah. Tapi bukan semua artikel. Kena pandai tengok dan telek.

Yang sebenarnya apa yang Wikileaks dedahkan tue?

Yang depa dedahkan ialah ;

1. Kandungan surat yang diklasifikasikan sebagai sulit mengenai pergerakkan nor misuari. Ia diselidiki oleh amerika.

2. Rupanya amerika memerhatikan pergerakkan nor misuari. 

3. Dalam kenyataan tersebut menyatakan bahawa nor misuari telah berjumpa dengan dsai. Sabahat lama.

4. **Nor misuari juga telah berjumpa dengan pemimpin2 dari bn. Ini termasuklah menjadi tetamu rasmi beberapa kali, bagi kerajaan bn juga. Antara yang menjadi topik dalam perjumpaan tersebut ialah melarang misuari campur tangan dalam urusan politik di malaysia. Ini adalah lanjutan dari perjumpaan misuari dengan anwar ibrahim. Ia boleh dirujuk dari statement malaysia isn't only concerned blabla.. Dan misuari cakap dia tidak mahu campur dalam urusan politik malaysia pun.

5. Dalam kenyataan itu juga mengatakan baahwa misuari mampu tawan sabah. 2 jam je. Dia masih bengang kerajaan malaysia serahkan dia kepada kerajaan philippines suatu ketika dulu. Semua ini dia luahkan kepada seseorang yang dikenali dengan nama MG Dolortino.

6. Kalau diperhatikan pergerakkan misuari, jelas ia mendedahkan hubungan misuari dengan bn juga sebenarnya. Siapa agaknya misuari ini sehingga bn melayan dia? ** Mereka nak larang dia ceroboh sabah, larang dia masuk campur dalam urusan politik, mereka sanggup berjumpa dan berunding dengan dia beberapa kali. 

7. Kalau kita berkuasa penuh dalam satu2 hal kita tak perlu gunakan kuasa rundingan.  Kalau kita nak larang misuari ceroboh, kita larang saja. Kalau dia lakukan apa2 pergerakkan yang menimbulkan syak wasangka kita tangkap saja. Tetapi BN tidak memilih untuk bertindak seperti itu. Mereka memilih pintu rundingan. Mungkin misuari ada pegang rahsia. Yang kita tidak tahu. Jangan2 ada sesuatu dengan misuari disebabkan itu la dia mendapat layanan baik.

8. Jika gunakan hujah dsai pernah berjumpa misuari = maka dsai ialah dalang. Benda yang sama aku boleh campakkan kepada bn. Adakah bn plan dengan misuari untuk jalankan satu konspirasi? **BN juga beberapa kali pernah berjumpa dengan misuari. Bahkan selepas 2007 pun pernah. Ia boleh diperolehi dengan mudah kalau perhatikan pergerakkan misuari. 

9. Misuari neh aku tak percaya. Dia ialah pemimpin corrupted. Disebabkan itulah MILF wujud. Disebabkan dia taknak lepaskan jawatan walaupun terbukti tidak amanah. Lari dari perjuangan asal. Jangan2 dia jenis talam bermuka2. Dengan dsai dia cakap baiklah saya akan berkempen bagi pr, bawa undi2 orang sulu akan pangkah pr. Dan dengan bn dia cakap baiklah saya akan memperlakukan seolah2 saya menyokong penuh dsai, menyokong penuh pencerobohan itu, supaya mereka boleh kaitkan dsai sebagai dalang.

Kita tidak tahu. Aku tidak tahu. Apa yang aku tahu kenyataan wikileaks bukan bukti. Jauh sekali hujah. Dakwa DSAI jika kau mahu. Tapi kemukakan bukti terlebih dahulu. Dan bila aku cakap bukti ia bermaksud bukti. Bukan fitnah. Tuduhan rambang yang merepek. Atau kebencian melulu. 

Tiada sesiapa disini taksub dsai. Yang orang persoalkan, yang aku persoalkan, ialah kaedah yang digunakan untuk jatuhkan lawan. Jika sampai sesuatu kepada kamu, yang kita tahu ia adalah fitnah, adakah aku akan hihi haha dan biarkan saja sebab taknak orang sangka aku taksub dsai? No. Sangka apa yang ko mahu sangka. Lakukan ia dengan sesuka ahti. Ia jiwa kau. Sangkaan kau. Ia tidak mewakili aku. Jauh sekali mengambarkan kebenaran. Apa nak heran? 

Nota.

** BN sudah lama mengetahui rancangan misuari [puak2 bersekutu] terhadap sabah.

** Ini bermaksud pencerobohan ini dalam pengetahuan mereka.

** Ini juga bermaksud mereka sudah sedia maklum pencerobohan ini bukan ada kaitan dengan dsai since mereka [puak2 bersekutu] sudah lama merancang.

** Sebab itulah Hishammuddin Hussien nafikan pencerobohan itu pada awalnya.

** Untuk memberikan gambaran bahawa pencerobohan itu dalam kawalan mereka. Pada hakikatnya untuk menutup cerita lain.

** Untuk alihkan perhatian masyarakat maka mereka sebarkan agenda bahawa dsai ada kaitan dengan pencerobohan tersebut. 

** Pada hakikatnya mereka telah berunding banyak kali, dalam beberapa pertemuan di beberapa tempat, dalam beberapa tahun dan Lahad Datu adalah kemuncak kepada satu keputusan. Ia mungkin mahu menunjukkan kepada bn bahawa mereka keras dengan tuntutan tidak berasas mereka. 

** Tindakan bn mempertahankan pendirian mereka terhadap tuntutan penceroboh tidak dipersoalkan. Tetapi tindakan bn menggunakan isu neh untuk mengenakan lawan, dipersoalkan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...