Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Februari 2013

Adun PAS nafi halang undi calon non muslim PKR.

Adun nafi sebut pengundi Melayu boleh undi Umno

KOTA BHARU: Adun Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menafikan beliau menyebut  pengundi beragama Islam perlu mengundi calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon kalangan bukan muslim.

Beliau berkata, wartawan yang menulis berita tersebut tidak faham apa yang beliau maksudkan kerana prinsip asas iaitu haram mengundi calon Umno dan BN kerana mereka terang-terangan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

“Wartawan terbabit tanya saya apakah haram mengundi Umno, saya kata memang haram kerana parti tersebut secara jelas menentang perjuangan Islam seperti diperjuangkan PAS sekarang,” katanya dihubungi di sini.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa Nik Mazian berkata, perlu mengundi calon Umno sekiranya PKR meletak calon bukan Islam. Berita itu dipetik daripada portal Mole.my.

Dr Nik Mazian yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri berkata, beliau menyebut pada prinsip asas dipersetujui Pakatan Rakyat di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam dari PAS atau PKR.

“Memang orang Islam wajib mengundi calon beragama Islam bagi memastikan agama Islam terus dipertahankan. Namun di kawasan majoriti bukan Islam sudah tentu calon yang bukan Islam dari Pakatan yang bertanding.

“Walaupun calon itu bukan beragama Islam, namun kita perlu memilih mereka bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Itu asas yang telah dipersetujui. Saya tidak kata kena pilih calon Islam daripada Umno, itu tidak masuk akal langsung,” ujarnya.

Menurutnya juga sebelum ini ada sedikit dilema dalam kalangan pengundi Melayu bagi memilih calon bukan Islam kerana dibimbangi kesucian Islam tidak mampu dipertahankan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak berbangkit berdasar kepada kaedah yang telah dipersetujui di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam seperti digunapakai pada pilihan raya umum lepas.

Pendapat aku

1. Bagusla kalau tak betul. Sebab kalau betul ini nama dia racist.

2. Adun pas kena desak the mole betulkan laporan dan salah faham tersebut. Berita tersebut ada impak negatif kepada pas.

3. Bab haram halal wajib dan etc2 neh aku takmo campur. Zaman sekarang aku tengok orang senang2 letak hukum itu neh padahal bukan ahlinya.

4. Aku menyokong pendapat mari la kita sama2 bagi peluang pada diri sendiri untuk try hidup di bawah pentadbiran pakatan rakyat. Tak cuba tatau. Jangan takutkan diri sendiri dengan ugutan dan tuduhan mengarut dari bn yang akan hilang kuasa. Orang yang bakal hilang kuasa memang kuat merapu sebab dah tatau nak buat apa bagi meraih kepercayaan orang ramai.

Walaupun ada juga benda baik yang bn buat, itu nama dia tanggungjawab. Urusan kita dengan bn dah settle. Mereka dah dapat gaji atas menjalankan tanggungjawab tersebut. Rakyat tak berhutang dengan bn okey.

Tetapi dalam pada itu ada juga benda buruk, jahat, lalai dan cuai yang bn buat. Untuk perkara2 neh bn tidak pernah menerima hukuman. Sebab tu mereka melampaui batas.

Nak tunggu dorang hukum diri dorang ibarat tunggu moyang2 kau bangkit dari kubur dan berterbangan naik unicorn. Which is dalam bahasa mudah pergi mampos la kau. Tunggu dalam mimpi kau je la.

Kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...