Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Januari 2013

Adun PAS Kelantan Mohon Undi UMNO jika lawan dengan Calon Non Muslim PKR.


Tak sia2 MSO menulis di blog mengenai Nik Mazian Mohammed. Nama Nik Mazian antara nama2 yang MSO cadangkan agar digugurkan daripada bertanding di kelantan. Ini kerana mereka dah lama berkhidmat dan elokla jawatan yang depa pegang tue digantikan dengan muka baru dan orang yang lebih muda. Apatah lagi mereka dilaporkan antara yang gagal berkhidmat kepada rakyat dengan sewajarnya.

Rujuk sini ==>  http://msomelayu.blogspot.com/2012/09/lima-dari-lapan-ydp-bermasalah-perlu.html

Dan ini ;

http://msomelayu.blogspot.com/2012/11/pas-sudah-ada-25-kerusi-dalam-tangan.html

MSO menyenaraikan nama2 calon PAS yang bermasalah di kelantan pada tahun 2012. Dan sudah sepatutnya PAS kelantan mempertimbangkan cadangan MSO kerana cadangan tersebut ada benarnya.

Semalam, Adun Gaal iaitu Nik Mazian Mohammed telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi yang dilaporkan menerusi The Mole. Jika The Mole memaparkan kenyataan fitnah, sila nafikan segera kenyataan tersebut. Tetapi jika kenyataan tersebut benar, mengaku je la weh.
A Pas Kelantan assemblyman said Muslim voters should vote for a Muslim Umno candidate if he or she is contesting against a non-Muslim Parti Keadilan Rakyat candidate in the general election.

Gaal state assemblyman Datuk Dr Nik Mazian Mohamad told The Mole it is better to vote a Muslim to ensure that Islamic principles are defended.

“In choosing between a Muslim Umno candidate and a PKR candidate, a voter must evaluate which candidate is better.”

“If the PKR candidate is a non-Muslim, it is best for voters to vote the Umno candidate to safeguard the interest of Islam,” he added.


Aku kurang pasti. Kenapa dia mengeluarkan statement ini. Ada tak wakil PKR dan DAP bertapak di kelantan? Jika sekalipun kenyataan ini merujuk kepada situasi di kelantan, wajarkah seorang adun PAS berprejudis kepada penganut bukan islam hanya semata2 dia bukan islam? 


Ya. Seakidah. Seagama. Tapi itu bukan bermaksud kita boleh berprejudis kepada mereka yang tak seakidah dan tak seagama.

Kalau UMNO tue beragama islam tetapi perangai macam gampang, nak kena undi juga ka sebab seakidah? Confirm ka seakidah bermaksud dia akan perjuangkan nilai2 islam?

Kalau calon PKR tue non muslim, tetapi reti buat kerja, up isu2 rakyat takley vote ka sebab dia bukan muslim? Confirm ka tak seakidah akan menolak nilai2 baik dalam islam?

Adakah ini wajar?

Minta tolong jangan terjemahkan islam dengan campur baur perangai racist apa seme. Ini malaysia. Lue tak suka. Lue suka. Tapi terima hakikat. Kita majmuk. Ada muslim dan non muslim.

PAS sendiri berkerjasama dengan PKR yang ada non muslim tue. Tak pe plak? Takpe plak PAS sendiri meraih undi dari non muslim? Tapi untuk orang undi NON MUSLIM, adun pas neh reti cakap tak boleh?

AGAK BANGANG SITUASI INI.

Kalau lue tak boleh terima PKR seadanya, takley terima DAP seadanya, kenapa lue nak berkerjasama dengan mereka? Kecuali dalam hal2 bangang yang depa buat la. Kalau tue lue nak komplen gua persilakan.

Dalam PKR dan DAP, lue suka tak suka memang ada non muslim. Bahkan lue kena terima pas sendiri wujudkan kelab penyokong pas yang mana dianggotai oleh orang2 bukan islam. Bahkan ada cadangan dari pas untuk meletakkan calon bukan islam which is satu idea menarik dari PAS. Semakin mereka terbuka dan memperkenalkan sistem islam, bukan dalam bentuk agama semata2 itu semakin bagus.

Kenapa la ada adun berfikiran cetek seperti ini.

Seseorang tak patut mengundi calon yang tak buat kerja. Tak kira dia bangsa apa ataupun agama apa termasukla dari parti apa2 sekalipun.

Seseorang yang buat kerja jikalau dia non muslim hatta takde parti sekalipun tetapi buat kerja dan jalankan amanah kita patut undi.

Kita undi dia sebab dia jalankan tanggungjawab dia. Ini asas. Mohon PAS ikut cadangan MSO. Calon2 seperti ini lebih baik tiada dari ada. Kita tolak politik racism. Sudah cukup bn jaja perkara yang sama. PAS, yang konon nya berpegang kepada dakwah islamiah patut berhenti dari mengUPkan calon2 racist. Dalam islam, racist dan racism tak wujud oke.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...