Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Januari 2013

Najib pilihan mahasiswa.

Datuk Seri Najib Razak paling popular dalam kalangan mahasiswa dan lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding pemimpin pakatan pembangkang. 

Ini berdasarkan kaji selidik Yayasan Ehwal Siswazah (YES) bertajuk Kajian Maklum Balas Pengundi Mahasiswa membabitkan 3,000 responden dari tiga universiti, bulan lalu.
Tiga universiti itu ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). 


Pengerusi YES, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, berkata 57 peratus mahasiswa yang menyertai kaji selidik itu menyenangi kepemimpinan Perdana Menteri dengan pecahan UKM sebanyak 75.1 peratus, UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus).

Sumber : BH.

 
Aku terbaca kat BH tadi. Aku tergelak. Di malaysia kita perlukan peranan media untuk menampakkan macam kita ;

1. Alim

2. Berjaya

3. Menjadi pilihan orang ramai

4. Bijak

5. Wasatiyyah

6. Cekap

7. Hebat

8. Pemimpin yang berkaliber

9. Janji ditepati

10. Memahami masalah rakyat

Semua perkara2 di atas dilakukan oleh media massa bagi pihak Najib. Najib tak berpeluang menjenamakan diri dia melalui mulut2 rakyat. Kesian kan? Kena hidup macam neh. Aku ada sedara yang belajar kat uitm. Dia ada bagitau aku di uitm penyokong pr lebih ramai dari bn. Aku cakap blah la lue. Tipu je kot.

Dia cakap dia pun tak caya tapi itulah yang berlaku. Lebih2 lepas kes adam adli. Wow. Begitu berpengaruhkah tindakan adam adli di mata mahasiswa? Dia cakap adam adli cool. Bukan cool sebab turunkan bendera najib tetapi cool sebab tak minta maaf kat najib. 

Yeke cool?

Aha. Ramai orang asyik2 cakap pasal adam adli. Kita orang tak minat sangat politik2 neh. Tak minat mana2 partisan tapi adam adli memang cool sebab dia berani. Susah tau nak jumpa mahasiswa macam dia. Yang berani cakap apa2 yang dia nak cakap. Lepas tu berani lawan PM. 

Oke, so dari situ apa kaitan nya pula penyokong pr lagi banyak dari penyokong bn?

Sebab bn selalu gunakan mahasiswa uitm untuk apa2 aktiviti dorang. Dulu ramai yang macam tak perasan. Tapi lepas kes adam adli kecoh sekarang ramai dah sedar. Ada yang saja2 pergi sebab duit balik kutuk2 bn padahal bukan sokong pr pun.

Ada yang sokong pr sebab menyampah layan perangai bn. Depan2 yang totok ampu lecturer tu takde la kita orang nak mengaku. Tapi belakang2 punya la ramai yang keji cuma depa jek tak tahu.

kah kah kah

Yeke? Begitukah pemikiran mahasiswa kita? Cerdik. Adam adli berbangga la kau. Kau mengubah pemikiran ramai mahasiswa di malaysia. Muahaha. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...