Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 1 Ogos 2012

Rafizi di tahan kerana NFC atau kerana PROTON?





Di malaysiakini tulis sebab NFC. NFC neh bukan skandal baru. Ia dah lama dibongkarkan start dari tahun lepas. Bahkan ia mula menjadi pertikaian disebabkan pendedahan awal yang dilakukan oleh juruaudit negara sendiri melalui laporan audit tahunan negara.


Susulan itu pendedahan demi pendedahan mengenai NFC dibuat menyebabkan shahrizat terpaksa meletak jawatan dan pendedahan2 tersebut paling kerap dilakukan oleh rafizi. Disebabkan pendedahan2 tersebut juga UMNO, BN dan NFC berdepan dengan pelbagai tanggapan serong masyarakat. 

Bagaimana wang sebanyak rm250juta boleh diberikan kepada keluarga menteri untuk menjana kekayaan peribadi sedangkan menteri2 malaysia sepatutnya bertanggungjawab menguruskan wang yang ada untuk kebaikan bersama sekurang2nya untuk kebaikan rakyat malaysia keseluruhannya bukan nya untuk kegunaan diri sendiri. 

Apa pun kita stop dulu pasal NFC. Kita focus pasal rafizi dan tujuan penangkapan dia jek. Laporan Malaysiakini ;

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Dan pandangan dari rakan facebook aku ;


Knp Rafizi ditangkap?


Rafizi ditangkap di bwh akta BAFIA krn bogelkan Sharizat Jalil & famili dlm isu lombu NFC? Ha ha ha. Jgn buek lawak siang2 poso ni geng. Kalau dio nk tangkap, dulu lg dio dh tangkap maa. Ini semuo camouflage bai. Rafizi ni ditangkap atas arahan Mursyidul Am UMNO, Tun Mahathir krn polisi trbaru pakatan yg mahu mengurangkn cukai keto import hasil inisiatif Rafizi akan menyobabkn pet project Tun iaitu Proton beserta vendornya lingkup.


Rafizi wajib di'neutralize' demi kebahgiaan & kesejahteraan 'Perut Tun' tidak diganggu gugat. Kalau pakatan dpt menawan Putrajaya, kemungkinan bosa proton x laku krn polisi trsebut. Yolah korang dh tontu boli keto korea atau jopun. Sudah la murah, berkualiti pulak. Buek apo boli proton kalau kualiti mcm gampang.


Isu Sharizat jalil & NFC hanyo lah kambinghitam utk mewajarkn penangkapan Rafizi arini. Korang kono pandai baco politik Msia. Rafizi brjayo memicit titik kelemahan Tun & kroninya. Proton hanyalah sekadar teknik memerah wang rkyt ke 'Perut Tun'. -Ali Abu-
 
Sejujurnya aku rasa pandangan dari rakan facebook memang ada kebenarannya. Kalau nak tahan rafizi kenapa tak tahan dari dulu lagi? Kenapa sekarang? Kenapa bulan ramadhan yang jelas2 boleh menyinggung keluarga rafizi, sahabat handai dan penyokong2 pkr? Kalau mereka boleh menangguh penahanan rafizi di bawah akta BAFIA untuk beberapa bulan selepas butiran perbankan didedahkan oleh rafizi kenapa tidak tangguhkan lagi sehingga syawal berlalu?
 
Nah,
 
Sudah semestinya ada sesuatu yang telah berlaku sehingga menyebabkan bn mengubah corak pemikiran mereka secara tiba2. Apa yang terbaru rafizi lakukan beb? Tak banyak. Terkini pasal proton. Sejurus rafizi umumkan kadar cukai kereta akan diturunkan selepas pr mentadbir negara, rafizi juga dedahkan kaedah2 tertentu bahkan turut memperjelaskan bahawa proton takan terjejas kerana harga proton juga akan turun.
 
Rafizi juga dedahkan rancangan PR bahawa kerajaan boleh tampung cukai kereta yang susut dengan cara lain dan umumkan langkah2 tersebut. Dan langkah2 rafizi disokong oleh ramai pihak tak kira parti bahkan ia kurang mendapat bantahan umum sepertimana isu ptptn disebabkan cukai kereta yang rendah adalah antara yang ditunggu2 oleh hampir kesemua rakyat malaysia.
 
Andai kata benarlah sepertimana yang aku anggap bahawa rafizi ditahan kerana PROTON bukan disebabkan NFC maka wajarlah kita turun ke jalanraya. Opsss bukan berdemo untuk sokong rafizi secara individu sebaliknya sokong usul dan idea yang dibawa oleh rafizi mengenai PROTON.

Kita akan tunjuk kepada BN sejauh mana idea rafizi mengenai PROTON melekat di jiwa dan raga kita. Bahkan tun mahathir juga akan terkejut. Harap2 idea neh disokong oleh rakan2 dari PKR. Tunggu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...