Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Julai 2012

BTN hasut mahasiswa jangan dekati PERUBATAN sebab politik!


Saya lihat kawan-kawan penggerak PERUBATAN sedikit tersinggung dengan berita yang mereka baru terima.Ada yang melatah, ada juga yang perli.Tetapi sedikit sangat yang dapat terima dengan positif...Mana tidaknya, BTN dah jadi tempat menghasut pelajar supaya tak menyertai PERUBATAN.Tak tahu mana salahnya, kredibiliti PERUBATAN diheret sama dalam arena politik kotor UMNO.

Reaksi saya? Tak terkejut sedikitpun.Sungguh...Memang itu tugas mereka mendoktrin dan membasuh minda anak-anak muda supaya pro-parti kerajaan hari ini.Cuma mungkin mereka melampaui batas bila meletakkan PERUBATAN sealiran dengan parti pembangkang hanya dengan desas desus dan andaian.Tak pernah menilai dengan adil menggunakan intelektual yang ada.Yang dibuat hanya ambil andaian kroni dan 'tukang kipas' mereka.Noktah...Cetek cara pemikiran begitu.

Kepada sahabat-sahabat PERUBATAN semua, jangan terlalu berkecil hati dengan situasi yang berlaku.Biarkan berlalu tanpa perang emosi dalam diri.Ambil tindakan yang profesional, bukan dengan luahan perasaan di media-media sosial.Kerana musuh-musuh sentiasa mencari peluang yang ada untuk melemahkan kita.

Jika kerana tanggungjawab dan gerakkerja yang dilakukan PERUBATAN menyebabkan timbulnya hasutan dan doktrin kotor ini, maka saya sangat bangga berada dalam PERUBATAN.Sumbangan dan pengorbanan PERUBATAN kepada mahasiswa sains kesihatan di Mesir bukan sedikit.Malah PERUBATANlah antara persatuan mahasiswa yang berjaya menjaga kebajikan dan sosial ahli, dikala pegawai-pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga pelajar sibuk dengan agenda politik masing-masing.Segala kerja amar ma'ruf dan nahi mungkar yang dijalankan tidak langsung mengharap pujian mana-mana pihak.Agenda-agenda mahasiswa yang dilaungkan PERUBATAN jelas tidak mengampu mana-mana pihak, tetapi dengan harapan untuk membina generasi yang lebih baik untuk memimpin negara pada masa akan datang.

Nasihat saya kepada pihak yang menghasut, teruskanlah dengan hasutan anda.Kerana PERUBATAN sedikitpun tak gentar, malah akan terus tingkatkan lagi prestasi dan kualiti gerakkerja yang sedia ada.Ancaman dan tekanan yang diberi akan membina PERUBATAN yang lebih matang dan kuat untuk menjayakan agenda-agenda yang digariskan.

Kepada penggerak-penggerak PERUBATAN semua, BE STRONG..!!


Artikel telah diedit 31/7/2012 5:37

NOTA ;

PERUBATAN yang dinyatakan dalam artikel neh ialah nama persatuan. Bukan bidang or jurusan perubatan. Harap maklum. 


BTN,


Sudah sampai masanya untuk ko buang perkataan t kat shortform BTN tue. Jadikan jek ia BN. Sebab itu sememangnya ko yang menyamar sebagai BTN.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...