Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Julai 2012

Betul ke Harian Metro Sindir Dr.Mursi?


Sebelum mahgrib aku ada nampak ramai orang sibuk2 cakap pasal kartun di atas. Depa cakap kartun neh biadap, kurang ajar, menghina dan blablabla.. oke. Aku perhatikan gak kartun neh. Lama aku teliti. Aku tengok atas bawah kiri kanan depan.. belakang takley sebab takley pegang dan bukan 3d kan. 

kah kah kah

Dan setelah melihat2 kartun neh tah macam mana tah aku berfikir.. apa benda yang menghina nye? Sindir tang mana? Dorang cakap piramid tue lambang kejahatan firaun. Meletakkan dr mursi kepada piramid bererti menyamakan dr mursi = ikhwanul muslimin = firaun.

Itu pandangan mereka. Pandangan pelukis kartun aku tatau. Niat pelukis kartun pun aku tatau. Tapi pandangan aku ketika melihat kartun neh ialah aku tak nampak apa2 perkara seperti menghina dr mursi. Kenapa? Aku ada pandangan yang tersendiri kat sini. Meh aku sharekan apa pandangan aku ;

1. Bila aku melihat piramid, perkara pertama yang aku fikir mengenainya ialah mesir. Walaupun piramid juga ada di negara2 lain. Tapi di mesir lebih popular sebab mereka memiliki piramid terbesar dan tertinggi dan antara salah satu bangunan yang di anggap keajaiban dunia. 

2. Aku memang bercita2 nak melawat mesir semata2 nak menghayati seni bina piramid dan pelbagai bangunan2 lama yang besar2 yang pernah dibina pada ketika itu. Kalau tengok discovery channel memang macam tak percaya ia dibina menggunakan tangan dan peralatan2 ringkas. [Maaf, lupa nama tools]. Dan bahkan aku juga kagum bagaimana firaun menggunakan kecerdikkan dia untuk memanipulasikan rakyat pada ketika itu.

3. Para pengkaji sejarah juga melakukan kajian bertahun2 sehingga kini sampai terkeluar pelbagai teori dan penaakulan bagaimanakah piramid dihasilkan pada ketika itu. Ini bererti piramid sememangnya antara karya agung dalam bidang senibina.

Ini juga satu persoalan bagi aku. Bila tengok dokumentari mengenai ia memang terserlah setiap satu batu2 neh bukan sahaja mempunyai ukuran yang tepat, bahkan susunan dia juga dianggap mustahil pada zaman itu sebenarnya tanpa sebarang bantuan teknologi. 

Ini perkara yang terawal aku ingat bila fikir pasal piramid. Aku tak terus fikirkan pasal firaun. Aku tak terus fikirkan firaun telah menghamba-abdikan rakyat pada zaman itu untuk membina piramid. 

Aku tak terus terfikir juga bahawa piramid ialah tempat di mana firaun bersemadi. Bahkan ada sesetengah piramid di anggap tugu bagi firaun2 tertentu. Bagi memanjangkan sejarah dari satu generasi kepada generasi yang lain bahawa raja2 tersebut ialah raja2 yang pernah tadbir negara mereka.

Tapi bila ada orang cakap piramid tue ada kaitan dengan firaun dan tiba2 aku fikir owhh ye tak ye juga ek. Sebab firaun lah piramid tue dibina. Dan ramai orang telah mati ketika piramid dibina.

Jadi kat sini piramid bukan sahaja boleh dianggap sebagai antara artifak sejarah yang agung, bahkan ia juga boleh di anggap sebagai lambang kezaliman firaun. Terserah bagaimana mata kita memandang dan bagaimana pula akal kita menafsirkan ia. 

Pada sudut kemanusiaan dan pada zaman itu dan sekarang piramid memang wajar di anggap sebagai bukti kekejaman penguasa ke atas rakyatnya.  Memaksa rakyat menjadi hamba abdi, untuk membina satu2 bangunan bagi menaikkan imej sendiri sememangnya satu perbuatan yang sangat keji.

Pada sudut sejarah di zaman sekarang, kita belajar banyak perkara mengenai piramid. Yang buruk dan yang baik. Antara yang buruk ialah mengenai kekejaman firaun, antara yang baik ialah mengenai bagaimana hujah Alquran dikaitkan dengan misteri pembinaan piramid. 

Tetapi belum tentu sudut pandang generasi sekarang mengenai sejarah piramid sama seperti sudut pandang generasi dulu bila mereka bercakap mengenai piramid. Mungkin selepas kejatuhan firaun, mungkin selepas islam itu hadir, mereka menganggap piramid itu satu ikon kezaliman. Tiada siapa yang tahu melainkan diri mereka dan Allah swt.

Begitu juga pada sudut sains dan teknologi. Zaman dulu dan zaman sekarang. Piramid memang antara senibina yang wajar dikagumi. Bahkan ada banyak benda ahli akedemik belajar darinya. Sehingga menghasilkan pelbagai teknologi hanya berdasarkan kepada kewujudan piramid itu sahaja. Piramid memang antara lambang kemegahan mesir dan kebanggaan rakyat itu sendiri dulu dan sekarang meskipun di dalamnya terselit kejahatan firaun [sang penguasa].

Cara kita pandang satu2 perkara ialah berdasarkan kepada zaman di mana kita hidup. Berdasarkan kepada apa yang kita tahu mengenainya. Berdasarkan kepada apa yang kita mahu percaya. 

Bagi aku kartun di atas telah meletakkan mursi = sebagai salah satu antara benda ajaib yang berlaku di mesir. Sama seperti piramid di mata aku. Dan bagi aku lambang bulan dan bintang berada di puncak piramid = sebagai petunjuk bahawa mesir akan menegakkan islam di bawah pengaruh ikhwanul muslimin. Sama seperti jatuhnya firaun ditangan Musa a.s.

Piramid memang di anggap sebagai salah satu lambang terkemuka di dunia. Sama seperti firaun. Tetapi piramid lebih kepada lambang keagungan senibina rakyat mesir bukan seperti firaun yang di anggap sebagai lambang kezaliman. Dan seperti itulah mata aku mahu memandangnya. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...