Rumah macam neh sebenarnya ada kat mana2. Bukan hanya di kelantan bahkan di negeri yang aku tinggal pun ada. Tapi sekarang orang bukan nak tahu pasal rumah apa. Orang cuma nak tahu apakah satu2 wakil rakyat itu boleh membantu penduduk yang serba daif di kawasan yang dorang wakilkan? Bagaimanakah wakil rakyat di kawasan kita boleh membantu kita supaya kita boleh keluar dari kepompong kemiskinan dan kedaifan yang amat.
Ingat, rakyat tak hadap ikan diberikan setiap hari ataupun wang percuma setiap bulan. Rakyat hadap jala dan tunjukkan mereka jalan keluar. Kalau ko bagi kerja pun dah cukup. Kalau ko bina rumah dan dia perlu bayar semula tiap2 bulan secara ansurans pun takpe. Ini yang rakyat harapkan. Nak terus ada duit dan terus bina rumah yang selesa memang ramai yang tak mampu.
Bukan depa hadap rumah besar oke. Tapi rumah yang selesa pun makan riban. Dan ribu2 itu bukan boleh dicari dalam tempoh yang singkat dan cepat. Silap2 mao makan berpuluh2 tahun. So disinilah peranan wakil rakyat.
Mereka perlu membantu rakyat di kawasan mereka. Membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan. Membantu mereka agar mereka boleh mendapatkan 3 perkara yang paling asas iaitu ;
1. Rumah yang boleh di-diami.
2. Air yang bersih dan kemudahan elektrik.
3. Makan dan pakai.
Aku tak pasti samada benar atau tidak kes di atas neh. Sebab benda pun aku petik dari blogger umno. Mereka siap bagi no ic, alamat, lokasi dan segala2 yang penting untuk kita sahkan sendiri samada artikel itu palsu ataupun benar.
Dan jika ia benar, dan berada pula di kawasan yang tuan guru wakili, aku minta sesiapa tolong inform kepada tuk guru agar dia boleh laksanakan tanggungjawab dia sebagai wakil rakyat dan menteri besar kelantan.
Kita kadangkala faham juga kes kemiskinan neh kes berulangan. Contohnya mungkin 2 tahun lepas kawasan tue takde rumah, takde penduduk dan etc, tetapi selepas 2 tahun ada pula orang duduk situ sebab susah, dilanda musibah dan sebagainya.
Jadi kita boleh tolenrasi kalau menteri2 kita lambat bertindak. Tapi kita tak boleh bertolenrasi kalau menteri2 kita tak bertindak langsung. Mohon pas kelantan dan kerajaan negeri kelantan siasat dan bantu individu di atas neh. Jangan biarkan dia hidup dalam rumah macam tue. Dengan tandas terbuka.. dah sebijik cam rumah2 yang penyokong2 pr selalu edarkan plak. Siyes.
Maklumat penuh disini.
Ameno : Sapa berdekatan kawasan tersebut boleh sahkan artikel tersebut benar ataupun palsu..