Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 20 Januari 2012

Tol untung RM18billion beb.. kaya siot..

Aku amat terkejut gaban bila mengetahui betapa untung nya pemilik2 konsesi tol di malaysia neh. Aku rasa nak hantuk kepala yang dimiliki oleh mana2 penyokong umno totok bila terbaca berita bawah neh beb ;

Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877 peratus daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Lebih mengejutkan, kata Lim ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202 peratus), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149 peratus) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion. -MKINI-

Peh..

Gila beb.

GILA.

Neh yang bikin aku panas. Kalau aku kaya ataupun ada saham dalam tol2 neh seme memang lah happy bangat beb. Tapi disebabkan aku salah seorang pembayar tol dan tak pula kaya2 maka tiba2 aku menjadi jeles dan dengki yang amat. Ini tidak boleh dibiarkan sama sekali. Mereka telah dikayakan oleh kita seme.

Demmm..

I cant accept this.

Yang aku fahamkan disini LGE cakap pasal keuntungan. Keuntungan yang dia bagi neh aku kira keuntungan yang bersih. Oleh kerana dia berani cakap sudah tentu dia sudah didedahkan dengan maklumat2 tersebut secara terperinci.
Sekarang neh bukan nak citer pasal keuntungan bagai neh seme. Sekarang neh nak citer sebab2 tol perlu di mahsuhkan. Kenapa rakyat beria2 sangat nak jalan cantik bagai bidadari tapi tol tak payah ada? Kenapa ?

BN : Tol mahsuh negara bankrupt, tapi najib boleh hapuskan 2 konsesi tol pula.. ikut idea pr ke? he he he..

Mesti penyokong umno tak tahu jawapannya kan? Dalam kehidupan dorang yang malas neh dorang mana pernah fikir apa2 pun. Lahir2 jek dah masuk sekolah kerajaan. Lepas tue keluar2 je berbangga2 dengan jasa2 kerajaan pada mereka. Orang2 begini memang betul,  kerajaan telah banyak berjasa pada mereka. Disebabkan mereka malas berfikir dan hidup bergantung pada kerajaan sampai taksub kepada bn memang lah salah mereka sendiri.

Usahlah kita bersimpati pada orang2 yang malas berfikir. Dalam dunia neh memang normal ada orang malas dan orang rajin. Oleh kerana kita, penyokong2 pr dah ambik alih tanggungjawab menjadi orang yang rajin, maka kita biarkan sahaja penyokong2 bn menjadikan malas sebagai tanggungjawab mereka. Fair and square.

kah kah kah

Yang sebenarnya, penyokong2 pr dan rakyat2 biasa yang rajin berfikir neh telah mendapat ilham. Kami tidak suka berfikir bagaimana cara bn berfikir. Kami tidak suka hidup bagaimana bn mahu kami hidup.

Ini kelebihan bagi orang2 yang bijak pandai macam kami. Orang2 yang bodoh memang sukar memahami isi ahti kami. Takpe, kami redha dengan sikap anda. Sebab tue kami ada disini. Alah, macam superman. Kamilah superman bagi rakyat malaysia sebenarnya.

Hapuskan ketirisan dan penyelewengan serta salah guna wang rakyat, tol pasti boleh dimahsuhkan dan wang negara digunakan dengan secekapnya.. rosmah, jimat cermat please..

kah kah kah

Cuba kita bayangkan, hidup di negara yang tiada tol dengan jalanraya yang sangat baik serta diselia dengan teratur tapi dalam masa yang sama seme neh boleh dilakukan tanpa kewujudan tol.

Bagaimana?

Kalau bn cakap, mereka boleh bagi seme2 di atas tetapi tol mesti ada 

atau

seme2 atas masih boleh ada tapi tanpa tol

Yang mana satu korang nak?

Ya, aku tahu orang bijak mesti jawab no 2. Inilah dia yang kita gelar pemikiran di luar kotak. Pemikiran yang sendiri cari. Pemikiran yang kreatif. Pemikiran yang tidak ditetapkan dan ditentukan oleh orang lain.

Kenapa kita mesti hidup dengan cara yang bn tetapkan? 

Bila dia cakap cukai mesti tinggi, wajib kah kita follow dan setuju?

Bila dia cakap tol mesti wujud, wajib kah kita follow dan setuju?

Bila dia cakap sistem monopoli dan ap mesti diteruskan wajib kah kita follow dan setuju?

Tidak pernah wajib. Jangan sesekali menjadikan anggapan itu sebagai realiti. Hanya kerana ada orang yang setuju dan terima dengan cara bn tadbir negara neh ia bukan bererti korang pun mesti setuju dan ikut juga.

Jadi rakyat, kita mesti SENTIASA mahu lebih dan lebih. Sebab apa? Sebab kuasa ada di tangan kita. Setelah bersusah payah membayar cukai dan mengundi mereka, rakyat macam kita berhak merasai kesenangan hidup.

Kalau hari neh bn kata tol mesti ada dan pr kata sebaliknya, kita undi pr. Kalau tiba2 bn boleh bagi lebih baik dari pr dengan cakap tol mahsuh dan cukai off 50%, kita undi bn. Lepas tue kalau pr cakap tol mahsuh, cukai mahsuh dan rakyat dapat duit free, kita undi pr balik.

Senang ma.

Kita tetapkan kemahuan dan keinginan kita, dan biar orang2 politik neh buat kerja. Cara mana depa nak buat kerja depa punya pasal asalkan tidak bercanggahan dengan islam. Ini dah cukup. Apa2 perkara yang tidak bercanggahan dengan islam sudah tentu selamat. Kita tak perlu fikir banyak. Kita hanya perlu ada banyak permintaan dan biarkan ahli2 politik berfikir bagi pihak kita. 

Sebab yang nak kuasa dan tadbir negara neh mereka. Yang nakkan kesenangan dan keamanan hidup neh pula kita. Ini ialah konsep win2 situation. Aku bagi ko kuasa, ko bagi aku keselesaan hidup. Selagi aku aman, ko juga aman. Jika aku merana, ko juga akan merana. Simple.

Jadi rakyat kita kena faham konsep neh. Ini konsep yang paling asas. Jadi, jangan lagi tanya kenapa rakyat nak sangat hidup tanpa tol. Kita berhak menikmati hidup. Kalau ada dua jenis kereta di depan kita, satu proton dan satu merds, dan kita diberikan pilihan untuk pilih salah satu antara dua nya dan ia adalah percuma, sudah tentu lah kita akan pilih merds. 

Kalau kita boleh ada impian mahu pakai kereta yang terbaik, apa pula salahnya dengan impian mahukan kerajaan terbaik yang boleh memberikan kita prasarana yang terbaik pula? Jangan lupa, ada manusia pernah berimpian mahu terbang di langit macam burung sebab tue pasangan adik beradik wright cipta kapal terbang.  

Dan hari neh ada manusia macam aku yang berimpian mahu hidup di malaysia tanpa tol, dan kita boleh realisasikan impian kita asalkan kita undi kepada yang mampu laksanakan apa yang kita inginkan. Pilihan di tangan anda. Nak racun atau madu, anda tetapkan. Bai.




Ameno : Tol hapus, saya mesti pilih !

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...