1. Pas nak bagi satu bangunan kuin kepada pelajar2 sekolah insan bestari. <-- pas nak membantu, sikap yang bagus.
2. Pelajar2 kuin geram sebab pemberian tue melibatkan bangunan tahfiz yang juga untuk kegunaan mereka. Tempat mereka sempit, intake ramai tetapi bilik/kuliah/asrama kurang mencukupi. Lebih kurang macam overloaded lah. <-- jadi pelajar juga ada sebab nak marah, bagi mereka sikap baik pas nak membantu orang lain bagus tetapi kenapa sehingga merosakkan hak mereka?
3. Pas memahami luahan pelajar kuin, fine, pas pun membina blok bangunan bangunan. Masih dalam proses. Di kuala ketil. <-- kenapa pas bina disini ? kenapa tidak upgrade sahaja fasilitas di kuin sedia ada? kenapa tidak sahaja cari tapak baru untuk insan bestari? ini semua lah persoalan2 yang pelajar2 kuin tak faham dan pas perlu fahamkan mereka.
4. akhirnya pelajar2 kuin berdemo. <-- demo kerana merasakan pas makan hak dorang..
5. pelajar2 kuin di ambil tindakan denda dan gantung sem. <-- sudah tentulah pelajar2 neh jadi lagi marah + memberontak.
6. pimpinan kuin buka 6 hari utk mahasiswa memberikan penjelasan atas tindakan demo mereka.. <-- pelajar2 neh buat donno..sebaliknya mereka besarkan isu neh ke pengetahuan media dan tv.. siapakah yg menghasut utk mereka buat donno? buat taktahu dan sebagainya? itu pasal pas kena siasat dan amek tahu.
Bagi aku pas tak boleh menghukum pelajar2 neh. Kalau mereka membantah, cari jalan diplomasi utk fahamkan situasi kenapa mereka protes. Amek tahu. Dekati luahan mereka. Bukan guna AUKU untuk sekat mereka bersuara. Kalau terbukti pun mereka bersalah, masih ada banyak hukuman yang lebih konsisten dengan kesalahan2 pelajar2 neh. Bukan auku sana sini situ. Aku faham niat baik pas nak membantu tapi idea yang baik harus disusuli dengan penerangan yang baik. Kalau pas gagal menerangkan kenapa pelajar2 kuin neh kena bersabar untuk suatu tempoh sementara tunggu bangunan baru siap diproses itu ialah masalah pas sendiri.
Sepatutnya pas kena cari jalan untuk terangkan info neh lebih mendalam. Buat hebahan dan penerangan. Buat lah apa2 pun asalkan pelajar2 neh boleh faham kenapa mereka perlu bertolak ansur, bertolenrasi dan berkerjasama dengan keputusan pas kali neh. Bukan hukum dan menolak bulat2 bantahan mereka.
Baca sini pembinaan kampus induk di kuala ketil pernah masuk dalam news, maybe budak2 kuin taktahu. Ianya dalam proses.
Ameno : pas mungkin islam.. tetapi islam bukan pas.
0 Comment to " KUIN : Kenapa Azizan dan mahasiswa bergaduh? "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.