Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 Mei 2011

Mashitah : Perceraian selesai banyak masalah wanita





KOTA BHARU: Umat Islam tidak harus melihat kadar perceraian yang tinggi di negara ini satu perkara negatif kerana perpisahan suami isteri mengikut lunas undang-undang itu, sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah dihadapi wanita. 

Saya melihat perkara ini (perceraian) daripada aspek positif iaitu masyarakat Islam kini sudah sedar dan celik undang-undang, boleh menyelesaikannya mengikut lunas yang dibenarkan Islam,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.Katanya, perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang.



Kita jangan lihat perceraian itu satu perkara yang teruk sangat kerana ia perkara yang halal, malah perceraian itu sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum wanita,” katanya selepas majlis pelancaran Karnival Halal Kelantan 2011, di Kompleks Islam Darulnaim, di sini, semalam, yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Mac lalu ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya, dengan menyebut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009, menunjukkan purata pasangan Islam yang bercerai mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan bercerai setiap 15 minit.

Berdasarkan rekod JAKIM pada 2009, menunjukkan perceraian terus meningkat setiap tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya golongan muda.

Ditanya sama ada berlakunya perceraian seperti itu disebabkan kekurangan hakim, Mashitah menafikannya dan menegaskan banyak kes sudah diselesaikan. 

 
“Memang tidak dinafikan, setakat ini kita memang memerlukan banyak lagi hakim bagi menyelesaikan kes, namun banyak kes dapat diselesaikan dengan mengadakan perbicaraan pada waktu malam atau hari cuti selain ditambah dengan hakim perempuan,” katanya.

Beliau berkata, berlakunya kes perceraian membabitkan pasangan Islam disebabkan suami dan isteri masing-masing tidak memahami tanggungjawab serta ilmu berumahtangga.

“Dalam kajian yang kita lakukan, perceraian berlaku bukan disebabkan ketidakseragaman undang-undang syariah, namun ia membabitkan pasangan berkenaan iaitu tidak memahami tanggungjawab selain kurang ilmu rumah tangga,” katanya. 


Puas aku selongkar otak aku untuk menilai aspek2 positif kata2 ustazah mashitah neh. Aku faham dia nak cakap perceraian neh boleh menyelesaikan banyak masalah2 wanita seperti yang ditinggalkan, di abaikan, di dera oleh suami dan macam2 lah.. tapi sayangnya penerangan dia terlalu general. Bila dah general orang kerap salah faham. Aku takde pun nak salah faham kata2 dia sebab aku nampak point dia kat situ tapi masalahnya ramai orang mungkin tak nampak dan memang cenderung untuk salah faham sebab dia neh lah juga manusia yang mengatakan bahawa pelacuran dibolehkan dalam keadaan darurat.
Tapi kalau korang tanya pandangan aku sendiri, aku tak setuju kata2 ustazah walaupun aku faham niat di balik kata2 dia. Bagi aku lah kan perceraian itu merupakan perosak. Anak2 pasangan yang bercerai juga lebih cenderung dengan aktiviti tidak sihat berikutan kurang kasih sayang dan perhatian.

Dan kalau kata2 ustazah neh di ambil oleh wanita2 malaysia untuk dijadikan panduan, boleh jadi perempuan akan menjadi semakin senang nak minta bercerai. Silap2 pasal hal kecik pun nak bercerai. Sudahlah ramai perempuan di malaysia menolak poligami. Tahu kah korang kalau menolak poligami = menolak ketetapan Allah swt = membidas Allah swt?

Bukan aku nak tuduh ustazah mashitah mengalakkan perceraian ye, jangan salah faham bhai. Aku cuma nak tegaskan bahawa dia perlu memperjelaskan lagi dengan lanjut apa maksud dia perceraian boleh menyelesaikan banyak masalah wanita. Itu aje. Apa salahnya dia cakap wanita2 yang dah bercerai telah berjaya menyelesaikan masalah instead of perceraian boleh menyelesaikan banyak masalah wanita. You see the difference kan?  Sebab itu penggunaan ayat yang betul perlu supaya apa yang kita nak sampaikan tue tak bermaksud salah. 

Kadangkala selalu juga aku tulis sesuatu yang mana aku maksudkan lain tetapi pembaca aku tafsirkan lain. Tapi aku takley nak salahkan dorang melainkan salahkan diri aku sendiri. Sebab bahasa2 aku sudah tentulah hanya otak aku je yang memahami. Macam mana pula aku nak expect yang pembaca mempunyai otak yang sama macam aku..?Jadi disinilah kesalahan ustazah mashitah bermula. Dia fikir semua orang akan faham apa yang dia sampaikan sedangkan bahasa2 dia hanya dia je yang boleh faham. Bukan aku, bukan pula rakyat islam malaysia. Sebab tue lah dia neh kena belajar berkomunikasi menggunakan bahasa yang betul untuk menyampaikan apa yang dia rasakan betul. 

Ke aku je yang terlalu bersangka positif kat dia? Ke memang dia anggap perceraian tue boleh menyelesaikan banyak masalah? Kalau begitu tak aneh lah kenapa dia kena kutuk. Sendiri tempah bhai.

Ameno : ustazah mashitah suka poco2 tak?

Share this

0 Comment to " Mashitah : Perceraian selesai banyak masalah wanita "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...