AIDC neh hidup dan mati dia adalah untuk menfitnah anwar ibrahim semata2. Kalau apa yang dia canangkan tue berita benar aku yakin orang melayu dah lama tolak anwar ibrahim. Bah kan seluruh rakyat malaysia juga akan tolak anwar ibrahim sebab siapa suka kalau kita di jajah oleh israel ataupun yahudi? Semua pun tak suka. Baik orang islam baik orang kristian baik orang bukan islam semua pun tolak penjajahan tak kira siapa pun mereka.
Terlalu banyak entry dan klip2 yang dimanipulasikan oleh AIDC. Klip2 neh kalau korang baca tajuk dia je memang sah2 kena tipu. Tajuk lain, isi cerita plak lain.. lepas tue mereka siap lead lagi pemahaman korang ke arah lain agar masing2 terpesong habis. Itu pasal orang umno paling senang kena tipu. Pasal apa? Berita sahih dengan berita manipulasi pun dorang tak reti nak beza. Itu pun lagi ada ahti nak kutuk2 pejuang pakatan rakyat. At least aku baca semua berita, fahamkan dan nilaikan baik buruk. Aku takan tolak berita waima dari utusan sex sekali pun. Cara aku ialah baca semua dan nilai semua. Supaya aku faham dan boleh memberikan penilaian yang adil. Asal manusia mana ada yang maksum. Sebab itu aku tolak ketaksuban melampau. Tak kira siapa pun mereka.
Okey berbalik pada tajuk entry neh. Aku nak bidas sket hujah aidc pasal dana yahudi neh. Ini ialah surat yang konon nya ditulis oleh dsai kepada yahudi ;
Surat neh kecik dan halus tulisan nya. Aku tak boleh baca. Apatah lagi aku neh jenis rabun. Lagi lah aku nampak satu haramjadah yang tertulis kat atas surat neh. Kalau korang boleh baca, baguslah. Kalau nampak ada apa2 keraguan boleh share sini. Nanti aku paste translation bahasa melayu plak. Tunggu jap.
Ada 3 perkara je aku nak ulas bab surat neh ;
1. AIA = anwar ibrahim association.
Apa kaitan benda neh dengan anwar ibrahim? Entah, mana aku tahu. Tengok bawah ;
Ini ialah website yang dimaksudkan. Website neh sudah lama tidak di update. Lebih kurang macam website terbiar. Website macam neh sapa2 pun boleh buat. Aku boleh, ko boleh, kita semua boleh. Lepas tue pandai2 kita lah nak cakap website neh orang2 neh sekian2 yang punya. Padahal kita buat. Makan cili ka? Hehehhe.. anwar ibrahim pun taktahu kewujudan website neh aku rasa.
Kalau lah anwar ibrahim tahu sebegini hebat dendam umno kepada dia.. sah2 saiful dan rahimi takan mendapat tempat di dalam office dsai. Tapi memandangkan begitu senang nak menipu anwar.. maka semua neh terjadi lah. Tapi aku tidak menolak kemungkinan bahawa website neh dimiliki oleh anwar ibrahim.
2. Isi kandungan surat.
Isi kandungan surat di lampirkan dalam bahagian kecil sehingga sukar nak dibaca. Mungkin ada yang boleh baca tetapi aku tak boleh baca. Takpe. Meskipun AIDC melampirkan surat yang kecil dalam masa yang sama dorang dah siap2 translate dah kata2 surat tue. Di bawah neh pula ialah translation mereka ;
June 18, 2007Carl GershmanPresident, National Endowment for Democracy
1025 F Street NW, Suite 800Washington DC 20004
Tuan,
Terima kasih di atas jemputan untuk mengambil bahagian sempena Upacara Peringatan Ucapan Westminster di Perpustakaan Kongres. Tahniah di atas kejayaan mengumpulkan panel pakar yang terkemuka dan menganjurkan satu majlis jemputan yang menarik sokongan daripada beberapa penggubal undang-undang terkemuka Kongres dan Senat.Majlis ini berlangsung tepat dengan waktunya, apabila wacana agenda pro demokrasi amat memerlukan seberapa banyak sokongan yang mampu diberikan. Saya menyanjung penuh pencapaian tuan di NED serta dedikasi yang ditunjukkan terhadap tugas penting ini, dan saya sentiasa mengharapkan supaya kerjasama kita diteruskan.Saya ingin mengulangi betapa pentingnya sokongan NED terhadap cadangan menubuhkan Pusat Integriti Pilihan Raya Malaysia (MCIE) bagi membawa masuk satu pasukan pemerhati pilihan raya antarabangsa ke Malaysia.Daripada apa yang dapat dilihat Malaysia kini sampai ke persimpangan di mana seluruh rakyat telah melahirkan keinginan untuk dilakukan reformasi. Bagaimana pun, hasrat ini menghadapi tentangan daripada ahli politik yang akan melakukan apa saja untuk melemahkan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang bagi meneruskan status quo yang tidak popular dan tidak adil.Pusat MCIE ini akan memainkan peranan utama dalam memudahkan peralihan kepada sistem berkenaan selain memastikan kemunculan ruang demokratik yang adil di Malaysia.Dengan pilihan raya umum dijangka berlangsung dalam hanya beberapa bulan lagi, bantuan pilihan raya amat kritikal dan perlu disegerakan. Mengambil iktibar daripada pilihan raya yang diadakan pada akhir April, di mana terdapat bukti-bukti penting berhubung amalan penipuan yang sengaja diketepikan oleh jawatankuasa Pilihan Raya, kita perlu menubuhkan insititusi-institusi yang akan membekalkan penyeliaan dan kebertanggungjawaban kepada proses pilihan raya.MCEI merupakan satu langkah perlu ke arah ini dan saya menggesa tuan menimbangkan impak positif kepada NED menerusi sokongan mampat bagi mempertingkatkan ruang demokratik di negara saya.Terima kasih di atas perhatian tuan terhadap perkara ini dan jangan teragak-agak untuk menghubungi saya sekiranya ada kemusykilan.Yang Ikhlas,Anwar Ibrahim
Katakanlah kita anggap bahawa surat neh adalah tulen. Baik di perenggan mana yang korang rasa anwar ibrahim buat kesilapan? Aku tidak nampak apa2 kesilapan pun dalam surat neh. Anwar ibrahim meminta bantuan antarabangsa agar pilihanraya yang berlangsung di malaysia dilakukan dengan adil. Jadi dimanakah kesilapan dia apabila meminta keadilan dilaksanakan di malaysia? Adakah umno beranggapan bahawa adil itu satu kesalahan? Mak ai.. patutlah korang suka berlaku zalim. Heh
Dan ini pula rakaman video pasal surat neh ;
Nampak apa yang aku nampak? Ya betul. Mereka ada surat terbabit. Lalu kenapa mereka tidak scan aje surat terbabit. Apa pasal ko susah payah kecikan surat tue sampai sukar kami nak baca.. macam ko reka je. Hehehhe..
3. Tanda tangan.
Neh tanda tangan anwar ka? Aku taktahu. Malas aku nak pergi survey kesahihan nya. Sebab bagi aku benda neh benda kecik pasal surat tue kalau betul pun takde effect, tapi kalau palsu.. hehehehe.. effectnya pada umno memang besar bhai..
Dalam posting yang sama mereka turut menyiarkan klip video neh. Tajuk asal sudah aku ubah. Ini video yang aku download balik dengan tajuk yang baru ;
Tajuk asal = Anwar pro israel, kritik hamas dan hezbollah <-- kena tipu lah korang.
Tajuk asal = Anwar pro israel, kritik hamas dan hezbollah <-- kena tipu lah korang.
Tujuan tajuk = menimbulkan persepsi bahawa anwar ibrahim anti-pejuang hamas dan pro israel
Penerangan ;
1. Anwar tak sebut siapa kawan baik dia yang berasal dari israel tue. Namun ya, isu neh boleh menyebabkan imej dia tercalar sebab ramai beranggapan bahawa israel = entiti zalim. Padahal di dalam israel itu juga ada yang tidak zalim cuma mereka tiada pendedahan mengenai itu.
2. Fahami betul2 apa yang anwar cakap. Anwar tidak memburukkan hamas. Anwar bercakap perkara yang benar bahawa islam menolak keganasan. Dalam masa yang sama israel kena patuhi perjanjian. Tapi apa yang aidc buat? Mereka bimbing fikiran korang agar memikirkan apa yang mereka mahu dengan menyerapkan pandangan mereka dalam video terbabit supaya korang memandangkan dsai dengan persepsi yang serong.
Jika video ini aidc boleh manipulasikan otak penonton.. macam mana pula dengan video2 yang lain? Jika entry neh aidc boleh manipulasikan pembaca.. bagaimanapula dengan entry2 yang lain? Tidak mustahil kerana kebanyakkan penyokong mereka cenderung membaca satu bahan dan ianya dibaca pula secara tetap. Maksudnya kat sini kalau tiada mana2 pihak yang tampil menampilkan hujah aidc neh salah maka penyokong umno akan beranggapan bahawa apa yang disampaikan aidc adalah perkara yang benar.
Itu sebab aku kena bidas hujah aidc. Aku nak membuktikan kepada korang di luar sana bahawa aidc neh adalah agent pemanipulasi. Video2 tersebut boleh jadi video benar tetapi maksud dalam video2 terbabit belum tentu dijelaskan/difahamkan dengan betul.
Nota : sila rujuk kedua2 video neh dalam versi youtube sebab aku telah menerangkan hujah aku kat sana.
Itu sebab aku kena bidas hujah aidc. Aku nak membuktikan kepada korang di luar sana bahawa aidc neh adalah agent pemanipulasi. Video2 tersebut boleh jadi video benar tetapi maksud dalam video2 terbabit belum tentu dijelaskan/difahamkan dengan betul.
Nota : sila rujuk kedua2 video neh dalam versi youtube sebab aku telah menerangkan hujah aku kat sana.
Ameno : AIDC atau AIDS? Heh
Contest online via fb .. rebutlah hadiah menarik seperti ipad2 dan sony psp disini
Oreo bagi giveaway.. klik sini detail
Contest cute : anda cute? meh join sini.. ada flash drive percuma untuk anda!
Contest online via fb .. rebutlah hadiah menarik seperti ipad2 dan sony psp disini
Oreo bagi giveaway.. klik sini detail
Contest cute : anda cute? meh join sini.. ada flash drive percuma untuk anda!
0 Comment to " AmenoWorld bidas hujah AIDC isu pkr terima dana yahudi. "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.