Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 September 2019

Lukisan Mural Hina Hadi Awang Tiba-Tiba Hilang Di PWTC, Ganti Gambar Pokok.

POLITIK | Portal Agendakini melaporkan terdapat sedikit pengubahsuaian lukisan di galeri mural PWTC sempena pengabungan UMNO dan PAS semalam. 





Krew media itu yang ditugaskan untuk membuat tinjauan mendapati beberapa lukisan mural telah diubahsuai, ini dibuat mungkin bagi mengelakkan salah faham atau menimbulkan kemarahan ahli PAS.

Menurut agensi media itu pada awalnya gambar yang tular di sosmed menunjukkan lukisan mural presiden Pas sekarang, Dato' Seri Hadi Awang bersama allahyarham Dato' Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am ketika itu yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan Memali dan Al-Ma'unah di Sauk, Perak.

Kedua-dua tokoh parti itu dilukis dengan memegang sepanduk 'PERISTIWA SAUK SANDIWARA UMNO' bersama lukisan beberapa anggota tentera yang mati diseksa dan dibunuh pengganas Al-Ma'unah. Turut dilukis gambar Ibrahim Libya yang memegang sebilah parang panjang.

Selain itu, bendera negeri Kelantan dan Terengganu juga dikaitkan dengan dua pembunuhan kejam itu pada lukisan mural.

Walaubagaimanapun lukisan asal Hadi Awang dan Nik Aziz itu diubah pada saat-saat akhir dan digantikan dengan lukisan pokok.

Tidak dapat dipastikan kenapa ia diubahsuai pada saat akhir tetapi mungkin lukisan itu menimbulkan perasan tidak puas hati dikalangan penyokong PAS.

Meskipun lukisan mural itu telah diubahsuai sedikit, namun ramai yang tidak menyedari perubahan telah berlaku, lapor portal itu.

Menurut wartawan AgendaKini itu lagi, krew mereka ada terlihat gelagat beberapa ahli Pas dari negeri pantai timur yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan kewujudan lukisan negeri mereka pada mural pembunuhan Memali dan Al-Ma'unah.

Sebagai rekod, lukisan mural yang terletak di sepanjang dinding laluan utama di tingkat dua itu memaparkan peristiwa-peristiwa penting yang dihadapi Umno sejak dari tahun 1946. - 15 September 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...