Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 20 September 2019

Soal Jawab Perobohan Penempatan Paya Jaras.

ADRIAN LIM | ISU PEROBOHAN RUMAH DI PAYA JARAS: NAK SELAMATKAN RIBUAN PENDUDUK PAYA JARAS DARI BENCANA BANJIR ATAU NAK SELAMATKAN PERUMAHAN YG BERTAPAK SECARA HARAM?



1. Apa isu kekecohan perobohan rumah-rumah di Paya Jaras?

Jawapan : Isunya kerajaan negeri nak menaiktaraf dan melebarkan Sungai Kedondong untuk mencegah bencana banjir yang sering berlaku di kawasan Paya Jaras. Masalahnya rancangan ini dihalang oleh rumah-rumah yanang bertapak secara haram di atas tanah rizab simpanan sungai.

2. Kenapa kerajaan negeri tergesa-gesa merobohkan rumah-rumah haram tersebut?


Jawapan : Tak tergesa-gesa pun. Rancangan ini wujud sejak Julai 2015, sesi taklimat telah diberi sejak September 2015. Sudah empat tahun diberi kepada pemilik-pemilik rumah-rumah yang bertapak secara haram. Empat tahun tak cukup?

3. Kerajaan negeri tak tawar penyelesaian ke?


Jawapan : Kerajaan negeri telah menawar untuk membiayai kos-kos pemindahan sebanyak RM7,000 setiap seorang. Malah sejumlah 82 surat tawaran Rumah Selangorku telahpun dikeluarkan kepada pemilik-pemilik rumah-rumah yg bertapak secara haram. Antaranya RKR Bukit Rahman Putra, Jade Hill Kajang, Bandar Rimbayu, De’ cendana Setia Alam dan Taman Puchong Utama.

4. Tak boleh ke jangan lebarkan Sungai Kedondong?


Jawapan : Korang nak tenggelamkan ribuan rumah-rumah sah di seluruh Paya Jaras demi menyelamatkan beberapa buah rumah haram di Sungai Kedondong?

5. Apakah implikasi negatif yg ditanggung oleh kerajaan negeri selama ini?


Jawapan : Kelewatan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sg Kedondong telah mengakibatkan kerajaan negeri ditegur oleh Ketua Audit Negara sejak tahun 2017. Selain itu, dalam segala usaha kerajaan negeri ber-rasional dengan penduduk-penduduk rumah haram, kerajaan negeri Selangor telah membayar RM2.579 juta sebagai pampasan penangguhan sejak beberapa tahun yang lalu. Jika penangguhan terus dibuat bermula 18 September 2019, kerajaan terpaksa menambah lagi pampasan sebanyak RM2,125 setiap hari. Berjuta-juta dalam pampasan ini belum lagi termasuk jumlah "loss and expenses" yang berhak dituntut oleh pihak kontraktor.

6. Berapa buah rumah perlu diroboh untuk penyelesaian masalah banjir?


Jawapan: 45 buah rumah perlu dirobohkan

7. Semua berdegil taknak berpindah ke?


Jawapan : Tidak. Sebahagian daripada mereka telah bekerjasama. Bancian PDT Petaling pada 17 September 2019 mendapati pemilk 24 buah rumah telah bekerjasama. Daripada 24 buah rumah ini, 19 buah rumah telah dikosongkan manakala 5 lagi sedang dikosongkan. Malangnya, 21 buah rumah yang bertapak secara haram masih belum dikosongkan.

8. Tapi bukan kerajaan janji nak tangguh sehingga selesai peperiksaan kerajaan ke?


Jawapan : Daripada 21 rumah yg belum dikosongkan, hanya 9 buah rumah terlibat dengan peperiksaan UPKK & PT3. 9 buah rumah ini telah diberi pengecualian sehingga 8 Oktober 2019 seperti yg dijanjikan. Baki 12 buah rumah yg tidak terlibat dengan peperiksaan kerajaan apa alasan mereka untuk terus berdegil?

9. Penduduk-penduduk ini orang Melayu Islam, kerajaan negeri janganlah tidak berhati perut merobohkan rumah mereka.


Jawapan : Beribu-ribu penduduk Melayu Islam di sekitar Paya Jaras terjejas dengan banjir setiap tahun. Kalau penduduk rumah haram diselamatkan, siapa pula nak bela Melayu Islam yg berhadapan dengan banjir setiap tahun?

- - - - - - - - - - - - - - - - -

Jadi di mana salah kerajaan negeri Selangor? Ini rancangan tebatan banjir yg dirancang untuk mengelak ribuan penduduk Paya Jaras ditenggelami air apabila berlaku musim hujan.

~ Sudah lebih empat tahun diberi.


~ Kos pemindahan pun dibiayai.


~ Rumah Selangorku pun ditawar.


~ Penalti penangguhan berjuta-juta ringgit pun ditanggung kerajaan negeri.


~ Kerajaan negeri menanggung malu ditegur oleh Ketua Audit Negara


~ Yang terlibat dengan peperiksaan kerajaan pun diberi pengecualian sementara.

Nak macam mana lagi?

Sebab itu persoalannya.... korang nak selamatkan ribuan penduduk dari bencana banjir atau nak selamatkan perumahan yang bertapak secara haram?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...