Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 September 2019

Pemimpin Amanah Tampil Cerita Sebenar Isu Rumah Paya Jaras.

Mariam Abdul Rashid (Pengerusi Biro Kebajikan Amanah) | ISU PEROBOHAN DI PAYA JARAS

Sedikit maklumat untuk dikongsi.

Tindakan operasi penguatkuasaan ini dibuat di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara iaitu pendudukan secara tidak sah di atas tanah Kerajaan. 


Tindakan penguatkuasaaan perlu dilakukan kerana tapak-tapak struktur ini terlibat dengan pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedondong. 



 
Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedondong merupakan projek infrastruktur bernilai RM5.93 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor. Projek bertujuan menangani masalah banjir yang kritikal di Daerah Petaling dengan kekerapan banjir lebih 2 kali setahun. Banjir akan terjadi apabila hujan lebat turun dalam tempoh 2 jam. Komponen utama projek ialah menaiktaraf Sungai Kedondong sepanjang 1.15 km. Projek telah bermula pada 2 Disember 2015 dan sepatutnya disiapkan pada 31 Mei 2017. Walau bagaimanapun, projek mengalami kelewatan yang serius disebabkan adanya struktur-struktur yang menghalang perlaksanaan projek.

Sehingga kini projek telah diberikan EOT sebanyak 2 kali di mana EOT 2 akan berakhir pada 18 September 2019.

Ekoran kelewatan perlaksanaan, projek ini telah diaudit dan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 2 dan telah dibentangkan di Parlimen pada 3 Disember 2018.

Kelewatan perlaksanaan projek ini turut mengakibatkan bahan-bahan binaan seperti geotextile, erosion control blanket dan MSE wall sfystem yang telah berada di tapak menjadi rosak kerana terbiar dan tidak digunakan.

Justeru, penguatkuasaan perlu dibuat bagi memastikan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedondong siap dalam tempoh yang ditetapkan bagi faedah penduduk Daerah Petaling amnya dan juga penduduk Paya Jaras khususnya.

Sebelum tindakan operasi penguatkuasaaan dilakukan, PDT Petaling telah mengeluarkan notis sebanyak 2 kali kepada para pemilik struktur supaya mengosongkan tapak. Notis telah dikeluarkan pada 12 Mei 2016 dan notis kedua pada 5 Ogos 2019 dengan tempoh 30 hari. Pihak Berkuasa Negeri juga telah 2 kali iaitu menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 23/2016 pada 20 Julai 2016 dan MMKN Bil. 7/2017 pada 22 Februari 2017 mengarahkan agar tindakan penguatkuasaan ditangguhkan untuk mencari jalan penyelesaian ke atas keengganan pemilik struktur mengosongkan tapak.

Hasil libat urus yang dibuat oleh PDT Petaling bersama YB Ahli Dewan Undangan Neger (ADN) Paya Jaras dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Pihak Berkuasa Negeri pada 3 Ogos 2019 telah menawarkan pembelian Rumah Selangorku kepada semua 82 orang pemilik struktur kediaman. YB ADUN Paya Jaras juga turut dilibatkan dalam penyelarasan penguatkuasaan dan kerjasama beliau telah diminta untuk memaklumkan pemilik struktur berkenaan tindakan operasi penguatkuasaan yang akan dibuat.

Sehingga tamatnya notis kedua yang dikeluarkan pada 5 Ogos 2019, sebahagian besar pemilik struktur masih tidak mengosongkan tapak sepenuhnya. Tindakan operasi penguatkuasaan ini dilakukan secara berfasa dan mengambil kira keluarga yang mempunyai anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan.

Asalnya tindakan operasi penguatkuasaan dijadual pada 5 September 2019 namun Pihak Berkuasa Negeri telah bersetuju menangguh sehingga 16 September 2019.

Operasi akan dimulakan dengan Fasa D dan Fasa C diikuti dengan Fasa A dan B.

Tindakan penguatkuasaan ke atas struktur kediaman yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPKK dan PT3 akan ditangguhkan hingga selesai peperiksaan.

Tindakan operasi penguatkuasaan ini dibuat setelah PDT Petaling mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Penyiapan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedondong ini amat penting bagi penyelesaian masalah banjir di kawasan Paya Jaras. Hal ini mengambil kira kepesatan pembangunan semasa di kawasan Paya Jaras dan penduduk yang kian bertambah. 


Kejadian banjir bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda, malahan turut mengancam nyawa para penduduk yang terlibat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...