Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 20 September 2019

ADUN PAYA JARAS Menghilang, Waris Dakwa Hartanah Milik Keluarga Dan Bayar Cukai.

POLITIK | Perobohan beberapa buah rumah yang didakwa didirikan secara haram di Paya Jaras terus menimbulkan polemik di sosial media.


 
Terbaru, seorang individu yang dikenali sebagai Noor Azmi mendakwa rumah yang dirobohkan adalah atas tanah milik ibu dan bapanya. Malahan keluarga itu tak pernah putus membayar cukai seperti yang ditetapkan kerajaan.
 


"Benarlah undang² dan peraturan penguatkuasa itu ada. Tapi saya berdiri di atas Hartanah Orang Tua saya adalah atas hak kami. 

Hak orang tua kami yang berpenat-lelah membanting tulang sejak kami kecil lagi. Mengusahakan tanah pemberian Kerajaan. Berpuluh tahun orang tua kami berkorban untuk hartanah yang telah diberi hak milik oleh kamu (Kerajaan). 

Cuma masa yang singkat saya minta dan merayu supaya segala aset-aset di atas hartanah ini dapatlah diselamatkan (mana yang boleh). 

Lain² kami akan akur jika kamu (kerajaan) nak ambil dan tolak.. tapi haruslah kamu (kerajaan) mengambil kira atas setiap CUKAI yang telah dibayar orang tua kami itu. Dimanakah nilainya??? 

NOTIS KAMU (kerajaan) hanya sebulan. Nak dibandingkan dengan PERIT-JERIH berpuluh tahun orang tua kami mengusahakan hartanah ini. 

Dimanakah NILAI KEMANUSIAAN KAMU?? DIMANAKAH SIKAP KEPRIHATINAN KAMU?? DIMANAKAH SIKAP MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA KAMU? DIMANAKAH NILAI SESAMA BANGSA KAMU??? DIMANAKAH NILAI DENGAN SEAGAMA DENGAN KAMU????," katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam. 

Kenyataan oleh Noor Azmi itu kemudiannya telah menyebabkan Pakatan Harapan menjadi bahan caci maki di laman sosial bagi mereka yang mengikuti perkembangan kes tersebut. 






Menurut Noor Azmi lagi notis yang diberikan kepada keluarganya hanyalah satu bulan dari tarikh perobohan. Namun ini agak berbeza dengan kenyataan penjelasan yang dikeluarkan dari wakil kerajaan.

Antara penjelasan yang tular adalah 5 fakta penting mengenai perobohan di Paya Jaras seperti berikut; 

5 Fakta Penting Mengenai Isu Perobohan Rumah di Paya Jaras

1. Notis pemindahan telah dikeluarkan sejak September 2015. Penangguhan telah dilakukan sebanyak beberapa kali sehingga tertangguh selama 4 tahun, dan yang terbaru, YAB Dato Menteri Besar Selangor bersetuju memberi penangguhan sehingga selesai Peperiksaan UPSR seperti yang diminta oleh penduduk.

2. Kerajaan Negeri Selangor telah memberi RM 7,000 kos pemindahan kepada setiap keluarga. Kerajaan Negeri Selangor turut telah menawarkan pemilikan penuh rumah Selangorku kepada semua penduduk yang terlibat.

3. Pemindahan ini harus dilaksanakan atas sebab penduduk telah menduduki tanah rizab kerajaan dan mendirikan perumahan haram. Tanah Rizab ini kini akan digunakan bagi projek pelebaran Sungai Kedondong yang akan membantu mengatasi bencana banjir yang melibatkan ribuan penduduk di Paya Jaras dan Merbau Sempak.

4. Penangguhan projek pelebaran sungai bagi mengatasi banjir ini menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor diberi teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017. Rujuk di sini https://parlimen.gov.my/.../CMD.56.2018%20-%20CMD%2056.pdf

5. Pemindahan yang telah ditangguh ini menyebabkan Kerajaan negeri Selangor terpaksa membayar RM2.579 juta sebagai PAMPASAN AKIBAT. Jika penangguhan terus dibuat bermula 18 September 2019, kerajaan terpaksa menambah lagi PAMPASAN SEBANYAK RM2,125 SEHARI. Berjuta-juta dalam pampasan ini belum lagi termasuk jumlah "loss and expenses" yang berhak dituntut oleh pihak kontraktor. Ini adalah wang rakyat.


Dalam perkembangan berkaitan, penduduk yang terjejas juga mendakwa kelibat Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman sama sekali tidak kelihatan di lokasi perobohan. Hal ini menimbulkan tanda tanya dikalangan penduduk dan Adun Paya Jaras dianggap tidak bertanggungjawab serta penakut.

Sementara itu, Unit Amal PAS dilaporkan telah mendirikan beberapa buah khemah bagi membantu mangsa perobohan rumah yang enggan berpindah untuk berlindung.

Kerajaan negeri juga dituduh mengabaikan kepentingan rakyat kerana tidak menawarkan pampasan dan merobohkan rumah mereka tanpa notis. Selain dari itu kerajaan negeri dianggap zalim kerana merobohkan rumah dimana terdapat anak-anak yang terlibat dalam peperiksaan penting seperti UPSR, PT3 dan SPM. Namun kenyataan penduduk bercanggah dengan maklumat yang diberikan oleh wakil kerajaan.

Menurut maklumat yang disampaikan kepada kami, kerajaan bersetuju menangguhkan perobohan bagi keluarga dimana anak-anak mereka terlibat dalam peperiksaan penting. Pampasan juga telah ditawarkan kepada mereka yang setuju berpindah dan rumah Selangorku juga ditawarkan kepada mereka sebagai syarat perpindahan. 

Sebahagian dari penduduk bersetuju dengan syarat kerajaan manakala sebahagian yang lain tidak. Daripada 45 keluarga yang terjejas, 24 telah menerima tawaran. 19 daripadanya telah berpindah dan lima lagi dalam proses mengosongkan premis. 21 yang lain tidak bersetuju dengan tawaran kerajaan. - 19 September 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...