Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 September 2019

Bekas Menteri Tak Setuju Jual Airport Kepada Syarikat England.

Ab Aziz Kaprawi, Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan | Berita tentang perancangan untuk menjual kepentingan Khazanah Malaysia khususnya Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menarik perhatian saya sebagai bekas Timbalan Menteri Pengangkutan. 

Perkara ini menjadi pelik sebab MAHB ini satu institusi yang berjaya diterajui bumiputera dan lebih 90% dari 12,000 kakitangannya di seluruh Malaysia dari kalangan bumiputera. 

Jika dijual kepada Gatwick sudah tentu akan berlaku pengecilan saiz operasi dan ramai bumiputera akan kehilangan punca pendapatan. Periuk nasi mereka akan terjejas. Saya sedih melihat pengurusan Khazanah yg dipimpin bumiputera tergamak melakukan perkara ini terhadap kaumnya sendiri.
 

 
Sekiranya kerajaan benar tidak ada duit dan perlu jual kepentingannya, buatlah pembidaan terbuka. Bukankah kerajaan PH memperjuangkan TRANSPARENCY dan KETELUSAN?

Mengapa tidak Khazanah buat open tender bagi memdapatkan harga terbaik?

Mengapa rundingan dilakukan dengan satu pihak saja? Mengapa?

Adakah pihak pihak tertentu dapat habuan dari pihak Ini? Mana SPRM?

Setahu saya syarikat seperti MAHB yang mempunyai market cap RM15 billion dan berkeuntungan RM700 juta setahun ini, pasti ramai pelabur asing dan tempatan berminat.

Lebih-lebih lagi kedudukan kewangan MAHB kukuh dengan AAA rating. Jika tidak ada muslihat, mengapa tidak diumumkan rancangan ini terlebih dahulu? Adakah ini yang dinamakan KETELUSAN?

Sepatutnya Kerajaan & Khazanah merancang bagaimana menjadikan MAHB syarikat pengurusan lapangan terbang nombor 1 dunia berbanding kini di nombor 4. Kerajaan sepatutnya membantu MAHB menambah lagi operasi lapangan terbang di negara lain, bukan sibuk menjual sahaja. Di mana semangat patriotik mereka yang terlibat dengan pengurusan khazanah negara ini?Sepatutnya orang seperti ini disingkir saja dari Khazanah. Diharap pihak tertinggi bertindak.

Saya nak tanya Datuk Seri Azmin Ali yang menganggotai Lembaga Pengarah Khazanah, Beginikan cara menjaga kepentingan negara dan bumiputera? Sanggup gadai maruah kepada bangsa asing?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...