Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 24 September 2018

Kenapa UMNO Perlu Merangkak Cari PAS Soal Ku Li..

The Malaysian Insight | VETERAN Umno Tengku Razaleigh menolak mentah-mentah rancangan untuk bekerjasama dengan PAS untuk memulihkan imej parti itu yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 
Pengerusi jemaah penasihat Umno itu berkata parti tersebut yang mempunyai ahli Parlimen paling ramai di Dewan Rakyat dan tidak wajar meminta pertolongan daripada parti dengan pengaruh lebih kecil.

“Saya rasa terlampau awal, kita parti yang besar. Golongan dalam parlimen pun daripada ahli Parlimen kita (Umno) yang terbesar. Mengapa kita merangkak hendak cari orang?

“Jadi tak munasabah. Kalau saya ini dianggap sebagai pengerusi kepada majlis penasihat, kenapa saya nak terima cadangan seumpama itu?”
soalnya ketika ditemui di kediamannya di Kuala Lumpur.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sewaktu menghadiri Muktamar Tahunan PAS hujung minggu lalu mempertahankan kerjasama itu sebagai usaha mengadapi landskap politik negara yang memerlukan pembangkang bersatu.

Namun Tengku Razaleigh berkata beliau tidak pasti sama jika pakatan tidak rasmi sudahpun wujud dengan PAS atau sekiranya kerjasama itu telahpun dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Umno.Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Muktamar PAS ke 64 yang diadakan di Terengganu baru-baru ini dan kehadirannya dialu-alukan Presiden PAS Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 September, 2018

Beliau yuang popular dengan nama Ku Li berkata, Umno sepatutnya berusaha mengukuhkan parti diperingkat dalaman dan bukannya bekerjasama dengan pihak lain.

“Saya hendak tengok parti saya kembali kuat, dapat beri pimpinan yang wajar yang baik kepada negara menerusi kepimpinan Melayu,” katanya.

Menurut ahli Parlimen Gua Musang itu, kerjasama Umno dengan PAS tidak dipersetujui majoriti ahli akar umbi dan rakyat terutamanya di negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu.

Jelasnya, keputusan PRU14 menunjukkan Umno ditolak pengundi di kedua-dua negeri itu dan membolehkan PAS menang di Kelantan dengan majoriti lebih besar dan berjaya merampas Terengganu daripada Umno.

“Saya tahu saya dari Kelantan. Orang Umno Kelantan marah, tak bersetuju dengan PAS. Dia kata tak ada keikhlasan. Tengok apa yang diputus oleh pengundi dalam pilihan raya lepas?

“Umno ditolak oleh PAS. PAS rampas kuasa daripada tangan kita di Terengganu. Jadi tak ada kerjasama langsung. Takkanlah lepas dua hari dia nak berbaik dengan kita? Itu tafsiran orang bawah,”
ujarnya. - 24 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...