Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Julai 2018

Ketua Pemuda UMNO Dakwa Secara Senyap Kerajaan Tambah Hutang Negara Walaupun Sibuk Minta Derma..

Kenyataan Media

KERAJAAN TAMBAH HUTANG SECARA SENYAP DI KALA RAKYAT DIMINTA TERUS MENABUNG


1. Saya terpanggil untuk mengulas tindakan Pakatan Harapan (PH) yang secara diam-diam telah menerbitkan bon-bon baru berjumlah RM22.5 billion sejak membentuk Kerajaan pada 9 Mei 2018.




2. Disebalik gambaran kesungguhan Kerajaan PH untuk menurunkan Hutang Negara yang dimomok-momokkan mencecah lebih RM1 trillion melalui pembatalan dan penangguhan projek-projek dan inisiatif mesra rakyat, rakyat juga diminta untuk menderma secara sukarela tanpa had pada Tabung Harapan Malaysia yang kini berjumlah lebih RM160 juta.

3. Adalah ironi bagi saya yang melihat akan rasional meminta rakyat untuk menanggung bersama untuk melunaskan hutang dan pada masa yang sama menambah hutang Kerajaan dengan nilai lebih 100 kali ganda dari jumlah kutipan derma.

4. Saya percaya keputusan penerbitan bon-bon ini berkait rapat kedudukan tunai negara yang kian menguncup akibat kekurangan sumber hasil dari polisi populis "Tax Holiday" melalui pensifaran kadar GST sebelum SST dikuatkuasakan pada bulan September tahun ini dan subsidi petrol RON95 bagi mengekalkan harga kekal di tahap RM2.20/liter.

5. Saya menyeru Kerajaan PH khususnya YB Menteri Kewangan untuk berkata benar dan "come clean" di Dewan Rakyat dan Media mengenai kedudukan kewangan Kerajaan pada waktu dan ketika ini agar Rakyat tidak terus ditipu.

6. Pada masa yang sama, saya juga menyeru Kerajaan PH mengambil serius pengakuan YB Menteri Kewangan bahawa GST adalah cukai yang lebih efisyen dan telus dari SST sekaligus mengkaji semula keputusan pemansuhan GST demi memastikan ianya adil pada rakyat dan bukan sekelompok kecil pemodal serta memastikan kedudukan kewangan negara sentiasa berada ditahap mapan.

7. Pemuda UMNO Malaysia akan sentiasa memantau perkembangan ini secara dekat dan berusaha untuk memastikan rakyat diberikan maklumat yang tepat bagi menjamin kesejahteraan mereka dan kemakmuran negara.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...