1 benda kita kena clear ialah Ahli Parlimen tak perlu masuk setiap sidang dari awal hingga habis.
Parti apa dan ideologi dan aqidah apa pun tak ada yang nak duduk dan ikuti 100% sidang dewan.
Kenapa? Kerana bukan semua perbahasan tu perlu diikuti seseorang ahli parlimen. Seseorang ahli parlimen biasanya akan masuk pada sesi yang perbahasannya atau kementerian tertentu yang ada kena mengena dengan kepentingannya atau ketika gilirannya untuk kemukakan soalan.
Biasa juga bila sesebuah parti ada ahli parlimen yang ramai, mereka berbahagi tugas untuk "jaga" kementerian tertentu. Contoh parti A ada 10 Ahli Parlimen, katakan dua darinya sedang uzur/cuti, maka 8 lagi akan dibahagikan ikut kementerian. Bila kementerian Dalam Negeri punya slot, maka memadai seorang dari 8 tadi yang hadir. Nak hadir semua pun tak ada masalah tapi mesti ada yang wajib join sebab itu kementerian yang dia "jaga/pantau". Biasanya Ahli Parlimen tu memang ada kemahiran dalam tu.
Habis buat apa jadi ahli parlimen kalau tak nak hadir sidang?
Tugas ahli parlimen adalah menggubal undang-undang, mereka bukan setakat masuk berbahas tapi ada masa-masanya perlu jalankan research dalam lapangan masyarakat untuk fahami sesuatu isu, setelah ahli parlimen hadam dengan isu tersebut barulah dia akan mencadangkan solusi-solusi bersesuaian untuk menggubal undang-undang. Ada masa perlu turun site, ada masa perlu meeting bersama Ngo-ngo berkaitan untuk dengar pandangan.
Kerana itu saya tidak salahkan Ahli Parlimen tak masuk sidang atau "ponteng". Saya salahkan ketua WHIP setiap parti.
Ketua WHIP ni ibarat ketua kelas, dia yang sepatutnya jaga jadual giliran ahli-ahli parlimen untuk masuk dalam sidang, biasanya setiap parti ada ketua WHIP mereka. Ketua WHIP juga yang rancang strategi nak support atau serang etc, siapa backup, siapa yang akan buat kacau, hahaha. Ketua WHIP patutnya maklum siapa yang akan hadir setiap sesi, dan siap siaga incase berlaku keadaan-keadaan cemas seperti undi tak percaya etc.
Saya tak ada kepentingan tulis ni. Parti saya tak ada seorang pun Wakil Rakyat. Saya tulis setakat apa saya tahu sahaja.
Saya masih ingat ketika parti kami ada Ahli Parlimen dulu, selain daripada isytihar harta, Ahli Parlimen kami wajib membukukan perbahasannya untuk diedar pada rakyat, supaya rakyat tahu apa Ahli Parlimen kami buat dan bahas, apa soalan-soalan dan apa jawapan diterima dari menteri/timbalan baik bertulis mahupun lisan. Juga dalam buku laporan sama Ahli Parlimen parti kami akan membentangkan kajian-kajian yang dilakukan tentang sesuatu isu.
Saya tak dapat lupakan kenangan manis menyertai pasukan kajian isu kemiskinan luar bandar dibawah Ahli Parlimen kami. Walaupun beliau secara atas kertas Wakil Rakyat Sungai Siput ketika itu, namun kajian dibuat merentas negeri, isu padi dan getah kami ke Kedah, isu nelayan kami ke Terengganu, beliau sendiri drive bawa kami dengan kereta lamanya itu dari Ipoh ke Cameron ke Lojing untuk jumpa masyarakat Orang Asli kemudian patah balik menuju Kedah berjumpa ngo berkaitan pesawah padi bersama YB dari parti lain. Semua ini direkod, ditunjuk pada rakyat. Speaker dewan memuji Ahli Parlimen parti kami sebagai Ahli Parlimen terbaik.
Sekian dari saya, mantan calon kalah tanpa bertanding. Hahahahaha