Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Julai 2018

Kiraan Malaysiakini Membuktikan GST 6% Lebih Murahkan Harga Barang Berbanding SST 10% - Syahir.

Oleh : Syahir

Malaysiakini yang tidak mempunyai pemilik Billionaire, boleh buat pengiraan SST dan GST dengan lebih tepat berbanding Astro AWANI yang saya yakin mempunyai sumber kewangan yang lebih kuat dan mencukupi.

Saya juga baru perasan penerangan GST vs SST : MANA LAGI MURAH oleh Luqman Hariz bukan sahaja tidak tepat untuk GST, tetapi juga SST.


 
Untuk GST kesilapan Awani adalah tidak mengambil kira peniaga yang boleh menuntut kredit cukai input seperti saya terangkan beberapa hari lepas : SINI

Manakala untuk SST atau cukai jualan 10%, Awani juga tersilap dengan mengatakan bahawa cukai jualan 10% hanya dikenakan kepada margin keuntungan sedangkan 10% tersebut dikenakan ke atas nilai jualan di peringkat pembuatan (manufacturing).

Sehingga hari ini belum ada pembetulan yang dibuat oleh pihak Astro Awani.

Malaysiakini pun faham tentang GST & SST dan boleh tunjukkan pengiraan yang betul, tapi Astro Awani gagal serta mengelirukan rakyat Malaysia.

Tak tahulah motif mereka untuk tunjuk SST lebih bagus daripada GST atau memang nak mengampu government of the day.

Hakikatnya pemahaman dan pengiraan mereka salah.

Cukup-cukuplah jadi jurucakap Kerajaan. Media yang bebas adalah yang menyebarkan kebenaran. Kerajaan ada RTM & Bernama untuk buat kerja penerangan dasar-dasar Kerajaan.

Rujukan :

1. Sales Tax in Malaysia: https://www.nbc.com.my/sales-tax-in-malaysia.html

2. Cukai Jualan - Kastam Diraja Malaysia:
http://www.customs.gov.my/en/faq/Pages/faq_stx.aspx

3. GST dan SST apakah perbezaannya dan mengapa ia penting - Malaysiakini: https://m.malaysiakini.com/news/435234

4. GST vs SST - Mana Lebih Murah? http://www.astroawani.com/…/gst-vs-sst-mana-lagi-murah-2358…

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...