Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Julai 2018

Rafizi Kantoikan Pembangkang BN & PAS Kaw-Kaw Dalam Isu Janji Turunkan Harga Minyak RM1.50 Seliter.

Oleh : Rafizi Ramli
RAFIZI BOHONG, KAMI ADA BUKTI DIA JANJI MINYAK RM1.50
Rupanya menulis panjang lebar dengan graf dan jadual susah difahami penyokong UMNO/PAS. Mereka masih mendabik dada ada bukti saya berjanji harga minyak RM1.50 seliter.

Agaknya mereka susah memahami angka-angka. Dah lama sangat duduk dalam budaya telan bulat-bulat apa yang disuap, disiplin kira-kira sendiri semakin tumpul (agaknya).

Saya teliti royan (ini satu kata nama khas yang sesuai kepada hasil kerja meroyan) mereka ini yang mendakwa mereka ada video saya bersyarah di atas bumbung menjanjikan harga minyak RM1.50.

Ada satu perkara dari royan mereka itu yang betul. Yang lain semua akibat kurang hadam, kurang ilmu, kurang membaca dan pelbagai kurang yang lain.

Video saya bersyarah itu benar-benar wujud.

Perkara-perkara yang kurang saya jelaskan di bawah (rujuk cetakan skrin mengikut nombor) :




[1] Adakah video itu benar-benar wujud? Adakah ia satu “photoshop”? 


Jawapan : Ia benar-benar wujud dan saya pernah menyebut mengenai bagaimana harga minyak boleh diturunkan serendah RM1.50 seliter.




[2] Bila video itu dirakam (kerana harga RM1.50 seliter mestilah merujuk kepada harga minyak mentah dunia pada ketika itu)?

Jawapan : Video dirakam akhir Jun 2017 sebagai persediaan promosi kepada Jelajah #BinaSemulaNegara yang saya usahakan bermula minggu pertama Julai 2017.




[3] Baik, video dirakam akhir Jun 2017 jadi harga RM1.50 seliter itu merujuk kepada suasana pasaran minyak mentah pada ketika itu. Berapa harga minyak mentah sekitar akhir Jun 2017 ke awal Julai 2017?

Jawapan : Mengikut Bloomberg, harga rujukan minyak mentah Brent pada ketika itu (akhir Jun 2017 ke awal Julai 2017) adalah sekitar USD45 ke USD46 se-tong.




[4] Menggunakan formula RON95 yang ditetapkan pentadbiran Dato’ Seri Najib, jika harga minyak mentah USD45 ke USD46 se-tong, berapa harga RON95 tanpa subsidi?
 

Jawapan : Antara RM1.80 seliter.

Sebab itulah semasa saya merakamkan video itu, saya menyebut harga RON95 boleh diturunkan serendah RM1.50 seliter, kerana harga pasaran tanpa subsidi (pada ketika itu) ialah RM1.80 seliter. Kalau pentadbiran Dato’ Seri Najib memberikan subsidi sebanyak 30 sen seliter pada ketika itu, harga RON95 turun kepada RM1.50 seliter.

Pokoknya, perlu ada mekanisme subsidi minyak supaya apabila harga minyak naik, keuntungan tambahan kepada kerajaan (hasil minyak) itu dipulangkan kembali kepada rakyat.

Sekarang ini kerajaan PH telah pun memberikan subsidi antara 17 sen hingga 30 sen seliter antara 9 Mei hingga sekarang (bergantung kepada harga minyak mentah dunia). Itu bersamaan dengan menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter dalam bulan Jun 2017 ke awal Julai 2017, kerana pada ketika itu harga minyak mentah dunia adalah USD45 se-tong.

Masalahnya, harga minyak mentah dunia sekarang bukan USD45 se-tong tetapi sekitar USD75 se-tong.

Apabila minyak mentah naik dari USD45 kepada USD75 se-tong ini, berapa tambahan keuntungan kepada Kerajaan Persekutuan?

Rujuk penulisan saya di http://rafiziramli.com/2018/07/kisah-harga-minyak/, pertambahan keuntungan kepada Kerajaan Persekutuan adalah RM1.77 bilion. Daripada jumlah itu, 78% (atau RM1.38 bilion) telah dikembalikan semula kepada rakyat untuk menyediakan subsidi sebanyak 17 sen hingga 30 sen seliter itu.

Maknanya, tidak ada banyak berbaki yang disimpan kerajaan. Sebahagian besarnya dikembalikan kepada rakyat untuk mengekalkan harga minyak pada RM2.20.

Kalau ditanya lagi ke mana pergi wang apabila hasil negara meningkat akibat kenaikan harga minyak, saya minta hentikanlah royan itu kerana nampak sangat ia bertujuan menyerang semata-mata.

Lebih baik penyokong Umno/PAS ini cuba belajar menjadi pembangkang yang baik dan menimbulkan isu yang jelas ada salahnya.

Bukan macam dulu :


Yang UMNOnya mati-matian mempertahankan 1MDB dan rompakan wang. 


Yang PASnya mati-matian menyatakan tiada salah dengan 1MDB dan “berpuas hati” dengan rancangan rasionalisasi 1MDB.

Jadilah pembangkang yang berkhidmat untuk rakyat, bukan peroyan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...