Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Julai 2018

Kenyataan Media KBS - Cikgu BM Bagi 30 Markah Jer, Standard Karangan Tingkatan 3 - Syed Saddiq Diam Tak Jawab Apa..

"Teruknya kenyataan media ini. Betul ke dari Menteri," demikianlah antara respon netizens apabila membaca kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sejak isnin, Syed Saddiq menjadi bahan sindiran netizens berikutan mengeluarkan kenyataan media yang terlalu 'kelakar' dan teruk memandangkan terlalu banyak kesalahan tatabahasa.

Pada awalnya ia dijadikan bahan oleh TTKM, page troll yang terkenal di Facebook. Pentadbir halaman TTKM memberikan markah 39/100 untuk kenyataan media itu.


Bagaimanapun selepas itu lebih ramai pihak yang tampil dan kemudiannya memberikan markah ke atas kenyataan media itu.

Misalnya pentadbir halaman Harimau Malaya. Halaman itu hanya memberikan markah sebanyak 29/100 kerana katanya KBS tersalah fakta.

"Rasanya Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq perlu tukar pegawai media yang menulis ayat tunggang langgang dalam kenyataan rasmi KBS mengenai isu perlepasan pemain ke Sukan Asia.

Fakta pun salah. Tolak 10 markah. Total : 29/100.

Harap dapat diperbaiki selepas ini,"
tulis pentadbir halaman Harimau Malaya.


Portal Mstar pula memetik kenyataan cikgu Bahasa Melayu yang memberikan Syed Saddiq 30 markah sahaja.

"Kalau saya, bagi markah 30 sahaja," kata guru bahasa Melayu, yang dikenali sebagai Rozziana Ismali. 

Menurut Rozianna, terdapat penggunaan perkataan yang membawa maksud sama, tetapi digunakan berulang kali dalam satu perenggan.

"Saya dah lihat komen yang ditulis di atas kenyataan media itu. Memang ada yang betul dan ada yang tidak betul.

"Terdapat banyak penggunaan kata yang berulang dalam satu ayat.

"Misalnya, perkataan 'bagi' tidak boleh diguna dua kali dalam ayat yang sama. Ia boleh digantikan dengan perkataan 'untuk',"
jelasnya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Tambahnya, penulisan ayat dalam beberapa perenggan kenyataan tersebut seharusnya diringkaskan dengan menggunakan laras bahasa yang lebih mudah difahami memandangkan ia pada asalnya dimuat naik menerusi akaun Facebook Rasmi KBSMalaysia.

Menurut guru yang mengajar di Lubok Antu, Sarawak itu, dia memahami perkara yang ingin disampaikan oleh Syed Saddiq, namun cara penyampaian yang digunakan adalah berbelit.

"Mungkin beliau menggunakan laras bahasa politik sebab itu ada orang yang tidak faham setelah membaca kenyataan media tersebut.

"Lebih cantik lagi jika YB Syed Saddiq menggunakan bahasa Melayu laras biasa supaya mudah diterima oleh orang awam,"
katanya lagi. 


Tinjauan di akaun media sosial Syed Saddiq mendapati Menteri berkenaan bertindak mengabaikan kritikan-kritikan yang diterimanya sejak ahad.

Syed Saddiq yang juga ditroll sebagai Menteri Twitter kerana pernah meminta wartawan membaca responnya di Twitter, tidak hanya dikecam kerana mengeluarkan kenyataan media yang teruk dan tidak memenuhi standard kenyataan rasmi bahkan turut dikecam kerana tidak tahu mengenai fakta sukan bola sepak sebelum bertindak mengeluarkan satu-satu kenyataan rasmi.

Antara respon netizens;




Namun tidak semuanya bertindak mengecam Syed Saddiq. Sesetengahnya menasihati Syed Saddiq untuk memperbaiki kesilapan dan belajar darinya. - 25 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...