Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Julai 2018

Betul Ke Nie Ching Mahu Mufliskan Peminjam PTPTN? Ini Penjelasan Sebenar.

Semalam tular di laman sosial yang mendakwa, Timbalan Menteri Pendidikan mahu memufliskan peminjam-peminjam PTPTN sekaligus manifesto Pakatan Harapan yang mahu membebaskan pelajar dari beban hutang adalah palsu.


Dakwaan itu tersebar susulan dari laporan portal The Malay Mail yang memetik jawapan Teo Nie Ching kepada Datuk Seri Abdul Azeez Rahim di Dewan Rakyat.


Berdasarkan transkrip jawapan Teo Nie Ching kepada soalan Azeez mendapati dakwaan Pakatan Harapan mahu memufliskan peminjam PTPTN adalah merupakan satu fitnah dan manipulasi.

Soalan : Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]
Nyatakan mengapakah penghutang PTPTN yang ingkar membayar balik hutang dikeluarkan daripada senarai hitam imigresen.


Jawapan : Teo Nie Ching / Timbalan Menteri Pendikan

“Saya rasa untuk keluarkan peminjam PTPTN dari pada senarai hitam jabatan imigresen Malaysia adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan. Dan kenapa kita masuk janji ini dalam manifesto kita adalah kerana freedom of movement adalah satu hak asasi manusia.


Pertama. Dan kedua kalau kita lihat bahawa seseorang yang ada hutang dengan bank, nama dia tak akan terus masuk ke dalam senarai hitam jabatan imigresen apabila mereka henti buat bayaran ataupun bayaran mereka tak konsisten.

Nama mereka hanya akan disenaraihitam apabila mereka menjadi seorang bankrap. Jadi dari segi itu, kita rasa kita perlulah konsisten. Bukan kerana kita adalah kerajaan, jadi kita boleh buat sewenang-wenangnya.


Jadi kalau kita perlu bankrap seseorang peminjam, untuk masuk mereka dalam senarai hitam, kita akan buat pada masa yang akan datang. Kita akan ambil tindakan yang sewajarnya.

Tetapi saya rasa ada sedikit inconsistent kalau untuk pinjaman dengan bank yang lain hanya akan dimasuk dalam senarai hitam apabila mereka menjadi seorang bankrap, tetapi untuk PTPTN, kita terus masuk nama mereka di dalam senarai hitam apabila mereka tak buat bayaran yang konsisten.

Jadi saya rasa itu kurang adil untuklah golongan peminjam-peminjam yang perlu duit ini untuklah habiskan pelajaran mereka,"
katanya di Parlimen.


Penjelasan : 

1. Nie Ching menjelaskan tindakan Pakatan Harapan menarikbalik senaraihitam peminjam PTPTN adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (rujuk soalan MP Baling yang bertanyakan kenapa).

2. Tindakan itu dibuat kerana menyenaraihitamkan peminjam-peminjam PTPTN tidak mengikut perundangan sedia ada.

3. Berdasarkan undang-undang di Malaysia, seseorang yang disenaraihitamkan perlulah diisytiharkan bankrupsi oleh mahkamah.

4. Seseorang di Malaysia layak difailkan notis bankrupsi jika berhutang lebih dari 50,000 (dahulunya 30,000) dan tidak membayar untuk satu tempoh yang telah ditetapkan (setelah 'masa tambahan' diberikan dan proses rundingan telah dilakukan). 

5. Bagaimanapun di Malaysia, peminjam PTPTN yang engkar telah dikenakan tindakan SENARAHITAM tanpa mengikut PIAWAIAN seperti kebiasaan yang dikenakan terhadap peminjam-peminjam wang di bank.

6. Tanpa mahu menafikan perundangan yang telah sedia termaktub, Nie Ching menjelaskan kecelaruan tindakan pihak kerajaan terdahulu sebenarnya tidak mengikut SOP dan ianya tidak adil kepada pelajar-pelajar yang meneruskan pembelajaran.

7. Di masa-masa akan datang jika tindakan menyenaraihitam itu perlu dilakukan, maka kerajaan baru akan melaksaksanakan tindakan tersebut mengikut peraturan sedia ada.

8. Setakat ini kami diberitahu, tiada cadangan mengenai memufliskan peminjam PTPTN akan dilakukan dalam masa terdekat. 

Cadangan kami;

Seseorang yang telah bergaji rm4,000 dan meminjam lebih dari 50,000 dan jika engkar membayar PTPTN boleh dikenakan tindakan muflis andai kerajaan baru mahu mengambil langkah tersebut.

Malaymail tukar tajuk, betulkan artikel

Oleh : Ulya Hishammuddin


Semalam tular artikel MalayMail berkaitan YB Timbalan Menteri Pendidikan.

Dalam artikel berkenaan, dikatakan bahawa kerajaan akan isytihar Peminjam PTPTN yang gagal bayar sebagai muflis.

Ini adalah tidak benar sama sekali dan laporan yang tidak bertanggungjawab!!

Saya berada didalam parlimen semalam semasa YB Timb Menteri Pendidikan menyampaikan hujahan kepada pertanyaan YB Baling. Antaranya adalah seperti berikut;

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]
Nyatakan mengapakah penghutang PTPTN yang ingkar membayar balik hutang dikeluarkan daripada senarai hitam imigresen.

SOALAN TAMBAHAN.


1⃣ Apakah justifikasi Kementerian untuk menyenarai putih peminjam PTPTN ini?

Timbalan Menteri menjawab (dalam rumusan saya)

" Tidak adil untuk kita senarai hitamkan peminjam PTPTN, sedangkan mereka yang berhutang dengan Bank pun kita tidak senarai hitamkan, inikan pula graduan baru yang belum lagi bekerja. Senarai hitam imegresen hanya boleh dilakukan andai seseorang itu muflis."

Malaymail telah dihubungi untuk betulkan artikel mereka dan alhamdulillah telah dibetulkan.


Sebab itu saya kata banyak kali, mohon Media lebih bertanggungjawab. Dalam era Malaysia baru, kita berikan kebebasan namun kebebasan itu perlulah disulami tanggungjawab dan prinsip kebenaran.

Disini saya sertakan pautan berita yang telah dibetulkan (walaupun saya masih kurang berpuas hati dengan beberapa ayat yang digunakan yang mengelirukan) :
https://www.malaymail.com/…/no-more-cart-before-horse-for-b…

Sebagai pencerahan tambahan, yang mungkin kurang faham ayat yang digunakan dalam artikel ini.
Artikel ini adalah berkenaan proses black listing yang tidak adil oleh kerajaan lama.

"cart before the horse" bermaksud perkara yang dibuat tanpa aturan yang betul.

Maka, kata beliau, kalau nak black list seseorang itu harus bankrup. Kalau tak bayar lagi tapi tak bankrup, tidak boleh blacklist imegresen. - 24 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...