Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Julai 2018

Kenapa Timbalan Menteri Selamba Gunakan Lambang Kerajaan Dalam Kenyataan Tulisan Cina? - Arif Atan.

Oleh : Arif Atan (Arif Atan ialah bekas wartawan Harakah yang kini berkhidmat di Malaysiadateline. Pandangan ini dipetik menerusi Facebook peribadinya).

Mengapa seorang Timbalan Menteri Pendidikan boleh selamba guna lambang kerajaan dalam kenyataan tulisan Cina?




Mengapa seorang anggota Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di depan Yang di-Pertuan Agong bukannya di depan Maharaja Cina seperti sengaja mengundang prejudis masyarakat berbilang kaum lain kepada rakyat berketurunan Tionghoa yang majoritinya tumpah taat setianya hanya kepada tanah air ini?

Mengapa seorang Timbalan Menteri Pendidikan juga wakil rakyat yang dipilih bukan hanya pengundi Cina saja masih mahu menonjolkan kecinaannya dalam kenyataan rasmi (sebab ada jata negara di situ)?

Mengapa seorang Timbalan Menteri Pendidikan tidak cuba mendidik segelintir rakyat Malaysia berketurunan Cina yang ultra kiasu untuk lebih mesra tidak lagi curiga mengutamakan bahasa kebangsaan?

Apa sebenarnya pendirian kerajaan yang Timbalan Menteri Pendidikan ini mahu sampaikan kepada rakyat berbilang kaum dalam bahasa yang tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi sebuah negara berdaulat bernama Malaysia ini?

Sejak bila penonjolan bahasa Cina berserta wajah anggota Kabinet Malaysia bukan Kabinet China dapat merapatkan jurang antara kaum di Malaysia? Kita tidak menghalang rakyat mahu guna bahasa apa pun tetapi bukanlah sampai letak tulisan Cina di sebelah lambang kerajaan.

Tidakkah poster Teo Nie Ching ini bersifat perkauman dan sengaja mengundang provokatif terhadap lebih 70 peratus rakyat Malaysia yang bukan berketurunan Cina?

Atau adakah tindakan Teo Nie Ching selepas kecoh isu Lim Guan Eng sebelum ini mahu memberi isyarat kepada rakyat yang mendambakan Malaysia Baru bebas pemimpin rasuah dan tidak amanah bahawa DAP sedang mempengaruhi kerajaan Pakatan Harapan untuk selepas ini mengiktiraf bahasa Cina pula sebagai bahasa rasmi kerajaan Persekutuan?

Adakah Teo Nie Ching ini Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia atau Timbalan Menteri Pendidikan Cina?

Lebih membimbangkan adakah Teo Nie Ching yang menduduki Kementerian Pendidikan faham apa lagi menjiwai semangat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) juga Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPN). Atau kerajaan Pakatan Harapan sudah atau sedang mahu mengebumikan FPN, DPN serta Dasar Bahasa Kebangsaan?

Konon sebelum ini selalu diulang 'Im not Chinese, I am Malaysian', tapi galak bercakap seputar sekolah Cina hingga mahu sijil UEC diiktiraf sebelum akhir tahun ini sampai tak perlu bawa ke Parlimen.

Kenapa bersikap tidak demokratik dan begitu tergesa-gesa Yang Berkhidmat (YB)? Kenapa YB tidak mahu bahas terlebih dahulu dalam sidang Dewan Rakyat sebelum mahu dilaksana?

Mengapa agenda pendidikan kaum diberi penekanan melampaui kepentingan pendidikan nasional yang berkaitan dengan agenda pemerkasaaan sekolah kebangsaan bukannya vernakular?

Sekali lagi, kami sebagai rakyat Malaysia yang tidak berkiblatkan Republik Rakyat China atau Taiwan mahu tanyakan YB: Kamu ini sebenarnya Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia atau Timbalan Menteri Pendidikan Cina?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...