Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Julai 2018

Malaysiakini Nafi Sebaran Video Mahathir Perlekehkan Doa Punca YB Hanipa Pengsan..

Portal Malaysiakini hari ini menafikan satu penyebaran video yang mendakwa YB Hanipa Maidin jatuh pengsan selepas Mahathir memperlekehkan doa.

Video yang tersiar di Facebook Mynewshub itu dikatakan telah melanggar hak cipta sekaligus mengubah kandungan asal laporan sebenar.


"Video yang dikongsikan oleh MYNEWSHUB telah menyalahgunakan video asal yang dipaparkan dengan tambahan teks yang tidak menunjukkan laporan sebenar," kata portal itu dalam satu kenyataan pagi tadi.

Di ruangan komen, pentadbir halaman Malaysiakini juga mengesahkan tindakan melapor kepada Facebook juga telah diambil.


"Pihak admin sudah membuat laporan kepada Facebook kerana MYNEWSHUB telah melanggar peraturan hak cipta," jelas portal itu.


Sejak YB Hanipa Maidin dilaporkan pengsan pagi semalam, beberapa halaman pro pembangkang telah menyebarkan dakwaan Mahathir menghina dan memperlekehkan kekuatan doa dan solat hajat bagi umat Islam.



Antara halaman yang menyebarkan dakwaan itu ialah Malaysian Viral.

"Dalam Mahathir berucap memperlekehkan tentang soal sembahyang hajat dan doa kepada Allah SWT tiba-tiba 'Tuhan Sepang' rebah. Jangan di uji kesabaran Allah," tulis pentadbir halaman itu.

Semakan di portal Malaysiakini mendapati Mahathir sebenarnya sedang menyampaikan ucapan mengenai niat yang baik dan perlu berpegang pada nilai yang mulia dan tidak bergantung kepada solat hajat dan berdoa semata-mata.

"Kalau kita tidak mempunyai niat yang baik, berpegang kepada nilai-nilai yang mulia. Maka segala cita-cita kita itu tidak tercapai.

Dia tidak bergantung semata-mata kepada doa ataupun sembahyang hajat yang kita lakukan," katanya ketika sedang menyampaikan ucapan di Putrajaya pada isnin. - 10 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...