Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Julai 2018

Saya Memang Suka Bersihkan Sampah, Jawab Syed Saddiq Kepada Netizens Yang Menyindir..

Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi kecaman masyarakat netizens apabila sesetengah dari mereka mempertikaikan ketelusan dan keihkhlasan menteri berkenaan yang membersihkan stadium selepas berakhirnya perlawanan bolasepak Final Piala FA 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


Video mengenai aksi Syed Saddiq yang membersihkan sampah itu dilaporkan secara berleluasa oleh media tempatan seperti Awani dan NSTP namun malangnya rata-rata netizens memberikan ulasan yang negatif dan berbaur kecaman atas siaran video itu.




Syed Saddiq yang membalas sindiran netizens yang mempertikaikan tindakannya mengutip sampah kemudiannya berkata beliau sememangnya pantang dengan sampah.

"Saya pantang kalau nampak orang buang sampah merata-rata. Bagi mereka yang mengenali saya, ini bukan one-off. kalau kawan buang puntung rokok pun saya pergi kutip. 

Biar dia malu dan tak akan buat lagi. Instead of the negativity, why don’t we all start doing the same," katanya ketika memberikan respon atas isu yang dibangkitkan.
Komen Syed Saddiq yang dipetik menerusi Twitternya itu turut mengundang pujian dari bekas Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Kadir. 



"Tahniah @SyedSaddiq tunjuk contoh yang baik. Dulu saya kutip sampah di Perak, ada pemimpin parti maki & kutuk saya kononnya mencari publisiti murahan. 

Jangan peduli cacian, teruskan tunjuk sikap yang baik yang boleh dicontohi untuk negara yang bersih," katanya dalam respon balas itu. - 9 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...