Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Julai 2018

Apa Tujuan Sebenar Nazif Ke Taiwan, Lim Kit Siang Mahu Tahu..

Ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan tujuan lawatan anak lelaki bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin Najib yang ke Taiwan pada awal minggu ini, di mana perkara itu menjadi sensasi diperkatakan media tempatan dan media Taiwan.



"Apa yang Nazifuddin lakukan di Taiwan dan apa agenda pentingnya semasa (ke Taiwan) perjalanan seharian itu," soal Lim Kit Siang seperti yang dipetik The Malay Mail.
 

Lawatan Nazifuddin ke Taiwan menjadi kontroversi apabila portal Taiwan melaporkan anak Najib dilihat makan malam dan minum wain bersama pelakon Taiwan, Celia Zhang. 

Nazif turut dirakamkan bermesra dengan pelakon itu di dalam lif dan semasa menunggu teksi untuk pulang ke hotel. Lawatan itu selepas Najib diikat jamin dari Mahkamah Kuala Lumpur berikutan dakwaan akta pengubahan wang haram. 

Nazif dalam satu luahan sedihnya di Facebooknya menceritakan betapa bapanya sentiasa memikirkan keadaan rakyat jelata. Dalam masa yang sama, beliau sendiri ke Taiwan dan menghabis masa berpoya-poya sehingga menjadi sasaran kritikan awam.

Lim juga membayangkan beliau tidak mempercayai Nazif ke Taiwan semata-mata mahu menghabiskan masa makan malam bersama Celia.

"Sangat sedikit yang percaya bahawa tujuan keseluruhan perjalanan satu hari Nazifuddin ke Taiwan hanya untuk makan malam dan minum wain dengan Celia," katanya.



Menurut Lim hanya Nazif sahaja yang boleh menjawab tujuan sebenar beliau ke Taiwan.

"Adakah dia akan berbuat demikian?," katanya lagi. - 10 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...