Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Julai 2018

Netizens Persendakan Malaysiakini Tukar Tajuk Sampai 3 Kali..

Laporan berita yang membayangkan kononnya Dr. Mujahid Rawa menyokong LGBT nampaknya ditukar tajuknya sebanyak tiga kali oleh Malaysiakini.

Pada awalnya laporan itu diberikan tajuk 👉 LGBT Haram, Tetapi Itu Antara Dia Dengan Allah yang disiarkan pada jam 10.31 pagi, 6 Julai 2018.


Kemudiannya laporan itu ditukarkan tajuknya kepada  👉Tertutup Atau Terbuka, LGBT Tetap Haram yang dikemaskini pada jam 11.21 pagi dan 1.05 tengahari pada hari yang sama, 6 Julai 2018.


Bagaimanapun, wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli sekali lagi meminda tajuk artikel itu kepada 👉 Menteri : Tindakan Terhadap LGBT Jika.. dengan waktu kemaskini terbaru yang dicatatkan ialah 6 Julai 2018 pada jam 1.39 tengahari.


Tidak dapat dipastikan kenapa wartawan Malaysiakini menukarkan tajuk artikelnya sebanyak tiga kali tetapi perkara itu kemudiannya dijadikan bahan persoalan dan kritikan netizens di laman sosial.


Untuk rekod, ia adalah menjadi amalan kebiasaan pengamal media untuk menukarkan tajuk berita andai terdapat kemaskini pada artikel, ataupun diarahkan berbuat demikian atas sesuatu alasan. - 9 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...