Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Jun 2018

Gabenor Bank Negara, Muhammad Ibrahim Letak Jawatan.

Gabenor Bank Negara, Muhammad Ibrahim menawarkan diri untuk meletakkan jawatannya secara sukarela lapor Bloomberg hari ini.


Jawatan Gabenor Bank Negara selalunya dalam tempoh lantikan dua tahun. Sumber yang enggan didedahkan namanya memberitahu perihal mengenai perletakkan jawatan itu tidak boleh didedahkan lebih lanjut kerana perbincangan mengenainya adalah rahsia.

Ia adalah sebulan selepas Pakatan Harapan disahkan memenangi kerajaan persekutuan setelah mengalahkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 14.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan kini pernah mempersoalkan langkah Bank Negara membeli tanah dari kerajaan terdahulu ketika masih Ketua Menteri Pulau Pinang pada masa itu.

Tidak dapat dipastikan samada kerajaan baru menerima perletakkan jawatan oleh Muhammad Ibrahim itu ataupun tidak. Sumber dari Bank Negara yang dihubungi oleh Bloomberg pada selasa untuk mengesahkan perkara itu enggan mengulas lanjut. Seorang lagi pegawai dari Kementerian Kewangan juga enggan memberikan apa-apa respon berhubung perkara berbangkit.

Muhammad Ibrahim juga tidak dapat dihubungi secara panggilan telefon dan beberapa mesej teks yang dihantarkan padanya tidak berbalas.

Pada Mei, Bank Negara dilaporkan telah membayar kira-kira US250 juta untuk membeli tanah yang dipercayai bagi membantu 1MDB membayar hutangnya.

Bank Negara dalam jawapan rasminya kemudiannya memberitahu segala proses pembelian tanah itu dilakukan secara telus serta mematuhi peraturan yang ditetapkan malahan tanah itu dibayar mengikut harga pasaran semasa sekaligus menafikan dakwaan Lim Guan Eng itu.

Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara pada Mei 2016, selepas Zeti dilaporkan secara berleluasa tidak disambung kontraknya oleh kerajaan terdahulu berikutan enggan berkompromi dalam isu 1MDB. - 5 Jun 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...