Salam semua, ini nak bagi penjelasan sikit berkenaan pemansuhan tol Metramac..
Lebuhraya Metramac adalah dari depan Nouvele Hotel selepas tol Sungai Besi hingga ke depan TUDM sebelum susur jalan Istana dan sebahagian jalan Salak menghala ke Mid Valley.
Tiada pondok tol bagi laluan-laluan ini.. walaubagaimanapun kutipan tol untuk laluan ini dikutip dengan kerjasama Plus di Plaza Tol Sungai Besi.
Kadar tol bagi laluan ini adalah seperti berikut;
👉 Kelas 1 = RM0.80👉 Kelas 2 = RM1.20👉 Kelas 3 = RM1.70👉 Kelas 4 Teksi = RM0.40
Selaras dengan penamatan tempoh konsesi bagi Lebuhraya Metramac kutipan tol bagi laluan ini juga telah dimansuhkan.
👉 Contoh :
Bagi kelas 1 Dari plaza tol Kajang ke Sungai Besi;
Sebelum : adalah dicaj RM1.80
Selepas : pemansuhan harga baru RM1.00
Bagi kelas 1 dari UPM ke Sungai Besi;
Sebelum : adalah dicaj RM1.60
Selepas : pemansuhan harga baru RM0.80
Pengguna akan mendapat kadar baru ini sekiranya pengguna masuk dari mana-mana plaza tol yang terdapat di Lebuhraya PLUS dan keluar di Plaza Tol Sungai Besi atau;
Masuk dari Plaza Tol Sungai Besi dan keluar dimana-mana plaza tol PLUS yang lain.
Kenyataan media yang pihak LLM keluarkan sebelum ini adalah benar dan mungkin terdapat sedikit kekeliruan kepada pengguna bila dinyatakan pemansuhan secara peratusan dan julat harga yang dimansuhkan.
Sekiranya pengguna masih keliru berkenaan perkara ini pengguna boleh terus menghubungi pihak LLM atau pun pihak PLUS bagi mendapatkan penjelasan.
Mohon rakan-rakan FB saya sharekan post ini agar kekeliruan ini dapat diatasi dan difahami oleh semua pengguna selaras dengan pemansuhan serta penamatan perjanjian konsesi Lebuhraya Metramac pada 31 Mei 2018.
Terima Kasih.