Terbaru laporan The Star yang memetik kenyataan dari sumber yang tidak dinamakan mendedahkan pertikaikan Agung dengan Tun Mahathir mengenai perlantikan Peguam Negara sebenarnya sama sekali tiada kaitan dengan isu agama dan bangsanya seperti yang tular sejak semalam.
Laporan itu menyebut, sumber memberitahu kepada media itu, Agung telah mencadangkan empat nama kepada Tun Mahathir untuk dipertimbangkan perlantikan ke atas jawatan Peguam Negara termasuklah Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan yang sedang berkhidmat ketika ini.
"Hujah Agung ialah dia mahukan seseorang yang telah menjadi hakim termasuklah samada yang telah bersara. Dia tidak peduli samada calon itu berbangsa india, cina atau melayu," memetik laporan The Star pada ahad.
Agung juga katanya menerima Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang baru, yang bermaksud isu bangsa bukanlah pertikaian langsung.
Sumber itu juga memaklumkan nama Tommy Thomas sebagai peguam untuk mewakili kerajaan Kelantan dalam tuntutan royalti Petronas daripada kerajaan pusat suatu masa dahulu adalah cadangan Agung sendiri (ketika itu adalah Sultan Kelantan) kepada kerajaan Kelantan pimpinan Almarhum Tuan Guru NiK Aziz.
"Agung mahukan seseorang yang berupaya untuk memberikannya nasihat mengenai perkara-perkara berkaitan perundangan Syariah juga, namun Mahathir mengatakan Peguamcara boleh melakukan tugas tersebut.
Namun Agung berpendapat tugas itu harus dipikul oleh pegawai tertinggi, yakni Peguam Negara kerana itulah sewajarnya," kata sumber itu lagi.
Sumber itu turut menambah, jika Tun Mahathir mahukan seseorang yang berkelayakan untuk mendakwa dalam kes 1MDB, dia boleh melantiknya (Tommy Thomas) sebagai Timbalan Pendakwaraya (DPP).
"Thomas boleh dilantik sebagai Pendakwaraya, sepertimana yang pernah dibuat kerajaan dalam perlantikan Tan Sri Muhammad Shafee sebelum ini," katanya.
Menurut sumber itu lagi, tidak tepat dakwaan sesetengah blog yang mengatakan perbezaan pendapat antara Agung dengan Perdana Menteri boleh dianggap sebagai 'krisis perlembagaan'.
Beberapa blog yang cenderung kepada sentimen pro Tun Mahathir menyebarkan penulisan kononnya percanggahan pendapat antara Tun Mahathir dan Agung ialah krisis perlembagaan.
Selain menggunakan blog, sebaran mengenai itu juga dilakukan menggunakan akaun media sosial yang cenderung kepada kem tertentu dalam Pakatan Harapan.
Yang mana kem ini juga dikesan pernah menyebarkan dakwaan perlantikan Tommy Thomas dihalang oleh Anwar Ibrahim dan mendakwa Anwar mahu membawa PKR untuk keluar dari Pakatan Harapan dan bekerjasama dengan BN dan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan.
Dalam satu program perjumpaan bersama Anwar yang bertajuk Pidato Perdana di Kajang yang dianjurkan pada sabtu, Anwar memaklumkan yang beliau akan ke terbang London dan Turki dalam masa terdekat, sekaligus menafikan spekulasi liar itu. - 4 Jun 2018.