"Orang dok mengadu, cakap hidup susah, ekonomi teruk, kos sara hidup makin tinggi. Tapi dia sibuk bagi dana untuk pikat pelancong asing datang Malaysia," tweet Fathia pada rabu.
"Minyak naik lagi rm2.31 sen. Siapa tak sakit hati? Ke tak rasa apa-apa sebab dah lali," tulisnya ketika mengulas kenaikan semua jenis minyak termasuk diesel 8 November lepas.
Rabu lepas, RON 95 naik 7 sen kepada rm2.31 manakala RON 97 naik sebanyak 6 sen menjadikan harga jualannnya meningkat kepada rm2.60 dan Diesel naik sebanyak 3 sen menjadikan ia dijual pada harga rm2.20 mulai minggu ini.
Perkara itu menjadi kemarahan netizens di laman sosial yang mengulas kenaikan 7 sen itu adalah sangat tinggi apatah lagi ini adalah kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Oktober.
Beranggapan ianya tidak patut, Fathia kemudiannya mengatakan kenaikan itu tidak boleh diterima kerana rakyat bukanlah kaya mana.
"Dengar tak kita orang tak boleh terima harga minyak naik? Kita orang takdelah kaya mana. Ke buat-buat pekak? #SpeakUp," tulisnya di Twitter.
Bagaimanapun luahan jujurnya itu tidak dapat diterima oleh penyokong-penyokong Najib yang lantas menyerang pelakon cantik itu menerusi pelbagai saluran media termasuklah di blog-blog dan page-page pro parti kerajaan.
Di WhatsApp terdapat sebaran poster yang mempertikaikan tweet Fathia dengan mengaitkan ia dengan beberapa insiden yang berlaku di Penang.
Serangan besar-besaran yang diterima Fathia itu dipercayai mungkin terhenti apabila Fathia meminta maaf di tweet terbarunya.
"Saya bukan anti kerajaan, saya cuma bersuara untuk pihak yang lain. Kalau yang lain bersuara, mungkin segilintir lagi yang dengar dan peka," jelasnya memulakan bicara.
"Saya minta maaf jika penulisan saya di Twitter didefinisikan agak kasar dan mengundang kemarahan sesetengah pihak.
Saya faham rakyat Malaysia agak sensitif. Sistem negara kita juga tidak mengamalkan kebebasan bersuara secara menyeluruh. Sekali lagi saya meminta maaf, " tulisnya seperti nada kecewa.
Di Malaysia, selebriti yang mengkritik kerajaan meskipun tidak menyatakan sokongan kepada pembangkang ataupun bukan penyokong pembangkang seringkali diserang oleh penyokong Najib yang membayangkan kerajaan pimpinan Najib Razak itu tidak boleh dikritik dan maksum.