Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 6 November 2017

Kenapa Suruh Murid Sekolah Pegang Kertas Sokong YB UMNO Soal PSM..

Beberapa gambar murid-murid sekolah yang disuruh memegang kertas A4 'Love YB Johan' tular di laman sosial sejak semalam.

Menurut calon PSM di DUN Semenyih, Nik Aziz Afiq berkata tidak sepatutnya seorang wakil rakyat mempolitikkan institusi pendidikan terutamanya melibatkan murid-murid di sekolah rendah.

Gambar - Nik Aziz Afiq
Nik Aziz turut menamakan sekolah yang terlibat sambil berkongsikan empat gambar yang diperolehinya.

"Saya terima kiriman gambar ini. Sebak jadinya. Adik-adik saya di SK Beranang dikehendaki mengangkat kertas tertera tulisan "Love YB Johan". 

YB Johan merupakan Wakil Rakyat Dun Semenyih dan beliau hadir di sebuah program di sekolah terbabit," katanya.

Nik Aziz turut mempersoalkan apakah ahli politik itu kekeringan idea bagi menjana sokongan orang ramai sehingga mempergunakan institusi pendidikan.

"Perlukah institusi pendidikan terutama sekolah rendah dipolitikkan sebegini rupa YB? Apakah begitu tandus idea untuk dapatkan sokongan sehingga perlu gunakan kanak-kanak seperti ini?," tulisnya lagi. 


Gambar - Nik Aziz Afiq

Gambar - Nik Aziz Afiq
"Walau kita berbeza parti saya selalu memuji YB dikalangan kawan-kawan saya, saya selalu merasakan YB berbeza dengan Wakil Rakyat UMNO yang lain. 

Selalu saya katakan kepada rakan-rakan bahawa pendekatan YB dalam berpolitik lebih matang dan tidak terikut dengan gaya politik zaman dulu kala," luahnya. 

PSM juga akan membuat aduan kepada pihak kementerian bagi menyiasat tindakan tersebut.

"Tetapi bila melihat gambar-gambar sebegini membuatkan saya merasa jijik. Jijik jika beginilah politik dimainkan. Ia langsung tidak matang dan memualkan. 

Pihak kami akan menggesa kementerian pendidikan menjalankan siasatan terhadap pencabulan institusi pendidikan ini. Semoga janganlah lagi dimana-mana tempat adik-adik saya diperlakukan sebegini lagi. Cukuplah," katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...