Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 November 2017

Ramai Unit Amal Bantu Banjir Penang, Tak Bimbang Jadi Taliban Ke Sindir Mokthar Senik..

AJK Kerja PAS Pusat dan juga Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Pahang, Ustaz Mokthar Senik hari ini menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Facebooknya berkenaan isu bantuan banjir.

"Ramai sangat anggota Unit Amal dan ahli-ahli PAS pergi bantu mangsa banjir di Pulau Pinang ni. Lim Guan Eng tak bimbang ke nanti Penang jadi negara Taliban?," soalnya sepertinya menyindir.

Ustaz Mokthar Senik atau lebih dikenali dengan panggilan glamernya, UMS sebelum ini menyifatkan banjir yang berlaku di Pulau Pinang bukan fenomena biasa yang boleh difahami menerusi sains.

Sambil menyifatkan kerajaan negeri perlu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku, Ustaz Mohthar Senik turut menyatakan bahawanya rakyat Penang perlu disedarkan bahawanya DAP bagaikan payung yang bocor.

"Oleh itu bencana tanah runtuh dan banjir yg menimpa Pulau Pinang hendaklah dilihat melampaui ilmu geology dan ilmukajicuaca semata-matanya. 

Selaku ummat yang ada quraan dan hadis sudah tentu kita perlu mengambil peringatan daripada keduanya," katanya dalam satu kenyataan. 

"Kesombongan kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP terhadap beberapa isu mengaitkan Islam khususnya isu pesta arak perlu disorot kembali. 

Ketua menteri dan pimpinan DAP yg bukan Islam mungkin sukar menyelami maksud yg tersirat didalam bencana tersebut. Namun pimpinan DAP serta rakyat yg muslim dinegeri tersebut perlu merenung dan mengambil ibrah dari peringatan Allah. 

Pulau pinang memerlukan sebuah kerajaan yg takutkan Allah sebagai payung yang menjauhkan mereka dari kemurkaan Allah. 

Untuk itu DAP bukan sebuah parti yang punya kelayakan disebabkan dasarnya dan pendekatannya yang bertentangan dengan Islam. Marilah...sambil-sambil kita menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir disana, kita hulurkan sama bantuan kesedaran agar mereka menyedari bahawa DAP adalah sebuah payung yang bocor disana sini," katanya, memetik status Facebooknya.

Terdahulu UMS turut menafikan beliau menerima rasuah hasil dari 90 juta seperti yang didakwa oleh Claire Rewcastle menerusi dokumen pembelaannya terhadap saman Presiden PAS ke atas pemilik portal Sarawak Report.

Mengatakan dakwaan yang tular adalah pembohongan dan fitnah semata-mata, UMS turut beranggapan pihak yang menyebarkan ia merupakan manusia yang gila merayau untuk mencari sedikit makanan.

Malahan beliau sempat berseloroh dengan bercadang untuk ke galeri yang menjual kereta mewah dan bergambar lalu disebarkan di Facebook supaya kumpulan yang gemar menfitnah menjadikan perkara (gambar) itu sebagai modal di sosial media.

"Sebelum ini sememangnya saya tak pernah percaya tuduhan-tuduhan tersebut keatas pimpinan Pas dan saya menganggap para pengfitnah itu adalah manusia-manusia mabuk yang kehabisan modal. Tapi bila nama saya dikaitkan juga (sedangkan saya paling tahu mengenai diri saya yang tak pernah pun terima agihan 90 juta itu) maka persepsi saya kepada pengfitnah-pengfitnah itu berubah. 

Saya yakin mereka adalah manusia gila yang merayau kemana-mana sahaja demi mencari sedikit makanan," tulisnya. 

"Hendak rasanya saya cadangkan kepada sebahagian pimpinan Pas pakat-pakat pergi ke galeri pengedar kereta-kereta mewah dan bergambar disana dengan kenderaan tersebut. Lepas tu kita upload ramai-ramai kat fb masing-masing. Rasanya para pengfitnah itu akan berebut2 jadikan modal fitnah sehingga semakin gila la mereka. Saat mereka kegilaan sebegitu..kita terus bergerak menuju kemenangan," katanya secara berseloroh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...