Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Mac 2015

Usul Larangan Cukur Rambut Di Laluan Parlimen Diluluskan - Inilah Kebodohan Ahli Politik BN & PR.


Apa nak jadi dengan ahli politik kita neh geng. Dah macam badut sarkas dah aku tengok. Badut sarkas pun lagi best kot. At least memang dorang buat lawak bangang untuk kita rasa terhibur dan kita plak buat2 gelak konon2 lucu la tue. Tapi ahli2 parlimen kita bukannya ada niat nak melawak. Mereka sungguh2 fikir tindakan mereka itu tepat, bijaksana, bagus, cerdik, bersesuaian dengan keperluan dan permintaan rakyat namun yang sebenarnya di mata rakyat kita hanya nampak sekumpulan monyet dan badut yang sedang merepek dan bersungguh2 melawak agar kita terhibur.

Pagi tadi.

Lawak pertama dilakukan oleh ahli parlimen pro pembangkang. Walaupun jelas merepek pada aku tetapi aku takde mood nak layan. Mengumpat tetek Diana Danielle lagi ada faedah dari mengumpat ahli politik yang cukur rambut atas alasan solidariti kepada Anwar Ibrahim.

Seperti yang kita sedia maklum. Kau cukur rambut ke cukur kening ke cukur setiap hari ke setiap saat ke setiap waktu ke apa ke kau tetap tak mampu mengeluarkan Anwar dari penjara.

Apa jek yang boleh keluarkan Anwar dari penjara? Ada beberapa cara.

Pertama. 

- Buat kerja sungguh2. Bantu rakyat sungguh2. Tawan kepercayaan rakyat sungguh2. Biar rakyat undi PR. Dan bila kau menang menjadi kerajaan pusat, bebaskanlah Anwar gunakan kuasa politik yang korang raih pada ketika itu.

Kedua.

- Teruskan pujuk agung dengan macam-macam cara agar agung bersetuju ampunkan Anwar.

Ketiga.

- Revolusi. Rempuh parlimen dan rampas semua dokumen penyelewengan dan dedahkan biar rakyat rasa marah terhadap BN. Sampai satu saat pemimpin2 BN sendiri akan lari jauh2 sebab dah terkantoi. Pimpinan PR perlu berani langgar.

Keempat.

- Culik Anwar Ibrahim dan larikan dia dari penjara.

Cukur rambut dan apa?

Anwar dah dikeluarkan ke?

Ya. Ya. Sekurang2nya dia lakukan sesuatu bagi tunjuk tanda solidariti ke atas pemenjaraan Anwar. Kau pula buat apa?

Kalau macam tue alasan yang kau semua nak bagi kat aku, maka aku pun boleh jawab macam tue juga. Sekurang2nya aku mengkritik tindakan bangang PR sebagai tanda solidariti ke atas pemenjaraan Anwar ini kerana tindakan bangang mereka tidak membantu situasi Anwar.

Nak jawapan yang lagi rebel. Pun ada.

Apsal pula sebagai rakyat aku entitle untuk tunjukkan tanda solidariti?

Tak sesiapa pun dari PR tunjuk tanda solidariti bila rakyat kena bahan dengan BN.

Nampak?

Hah. Fikir biar cerdik sikit.

Dan. 

Waktu petang.

Selepas tindakan sekumpulan bangang-bangang dari PR membuat aksi bangang (masalah rakyat takde pula dorang tumpu perhatian macam neh kan), ahli parlimen dan menteri dari BN pula menyambut salam kebodohan tersebut.

Di parlimen. Satu usul dibahaskan. Ia mengenai larangan mencukur rambut di laluan parlimen. Menteri mencadangkan agar tahap keselamatan di kawasan/persekitaran parlimen diperketatkan dan laluan masuk ke parlimen bebas dari sebarangan ganguan dan unsur-unsur khianat (huru-hara) agar persidangan parlimen dapat berjalan dengan lancar dan tanpa ganguan.

Aku perhati perangai Zahid neh. Dah lama aku perati. Bila aku perati dan perati aku dapati Zahid neh macam spesis monyet yang terlepas dari zoo. Tatau la kenapa dia kecoh sangat dengan aktiviti cukur rambut. Kalau ada kekecohan serba sedikit pun hanya waktu sementara dan tidak menjejaskan tahap keselamatan mana-mana menteri apatah lagi ahli parlimen dan perkarangan parlimen. Usul sebegini remeh bahkan tidak layak dibincangkan dan dibahaskan dalam parlimen pun setannnnnnn.

Sapa kesah pun tentang cukur rambut.
Tak penting untuk dibahaskan secara seriyus.
Insiden tersebut tidak memberikan apa-apa impak kepada negara.
Ia hanyalah sesuatu keadaan dan selepas beberapa tempoh ia akan berlalu pergi dan babai. Kita semua akan melupakan insiden tersebut dengan memori2 yang lebih bernilai.

Tapi kalau ianya membabitkan keselamatan dan kepentingan rakyat, menteri sewel kau bukan nak amek kesah pun.

Baru2 neh berlaku kejadian samun di kawasan ATM.

Ianya tersebar meluas di platform wassap dan facebook.

Patutnya menteri2 kau concern la bab tue. Kita perlu ketatkan kawalan keselamatan di seluruh Malaysia. Rakyat kini terdedah kepada ancaman rompakan dan samun meskipun pada siang hari dan di kawasan laluan orang ramai.

Apa yang perlu kita buat bagi memastikan keselamatan rakyat tidak dikompromi. Saya selaku menteri buka cadangan kepada rakyat dan mari la kita sama2 kerah otak kita untuk memikirkan cara terbaik bagi memastikan ancaman tersebut.

Macam neh lagi ada faedah.

Ada ka bincang usul larangan cukur rambut di parlimen?

Celaka. Betul2 makan gaji buta. Satu sen pun tak guna sebagai menteri. Langsung tak reti nak buat kerja. Serupa je dengan rata2 ahli politik pembangkang. Lagi nak minta kenaikan gaji. Pening aku tengok. Haizh.

Bai. 



Rujukan berita : sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...