Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 Mac 2015

GST Harus Kata Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tu dia.


Dah guna agama plak dah untuk paksa rakyat terima GST.

Guna iklan tak jalan.
Guna sponspored post tak jalan.
Guna FOBN kaki fitnah tak jalan.
Guna pakar ekonomi jadian-jadian yang delete komen dan status FACEBOOK selepas kantoi menipu pun tak jalan. 
Guna media massa pun tak jalan.
Guna pelakon pun tak jalan.
Guna iklan di bas pun tak jalan.
Guna menteri lagi la tak jalan.
Guna Najib lagi hampeh.
Maka resort terakhir yang ada ialah agama.
Agama cara terbaik untuk memperbodohkan rakyat dan minda rakyat yang buta ilmu.
Terbaikla Majlis Fatwa Kebangsaan. Tak sia-sia korang wujud di negara neh. Ini la masanya nak menyumbang kembali kepada negara setelah dilantik jawatan dan dibayar gaji tinggi-tinggi oleh kerajaan kan. Mana boleh lawan atau bidas keputusan kerajaan. Sepertimana Majlis Fatwa Kebangsaan buat derk jerk dengan kemungkaran demi kemungkaran, kezaliman demi kezaliman, kejahatan demi kejahatan pimpinan Malaysia seperti itu juga la Majlis Fatwa Kebangsaan akan buat derk jerk dengan rakyat yang menentang GST atas alasan-alasan yang relevan. Kepentingan dan hak rakyat tak penting. Rakyat ada otak, ada akal, reti berdoa maka mereka boleh pertahankan hak sendiri dan pandai-pandai la mereka selesaikan masalah hidup mereka.

Yang penting sekarang kita perlu selesaikan masalah hidup pimpinan. Jangan bagi rakyat calarkan sikit pun kulit pemimpin negara. Hukum dia HARAM oke.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Btw, tak perlu orang belajar agama tinggi-tinggi pun untuk jawab 6 point Majlis Fatwa Kebangsaan kau neh.

Yang pertama. Kerajaan komited laksana syariat Islam cara luluskan kilang arak dan memberikan permit lesen judi ke macam mana?

Yang kedua. Semua tahu kerajaan perlukan sumber kewangan tapi untuk apa?

Yang ketiga. Mana kau tahu cuka-cukai yang dikutip itu untuk memenuhi keperluan mendesak rakyat?

Yang keempat. Siapa kata beban cukai dikutip secara adil? Pemimpin? Pegawai tertinggi kerajaan? Menteri? Jamil Khir? Siapa yang tetapkan dan buat penanda aras keadilan kat sini?

Yang kelima. Siapa kata? Apa buktinya? PKFZ masalah rakyat? Bumbung runtuh untuk rakyat? Penyelewengan dan salah urus kewangan dalam agensi kerajaan demi rakyat? Ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan kerajaan demi rakyat? Bayar PSY demi rakyat? Anjur konsert belia KPOP demi rakyat? Buat istana juta-juta demi rakyat? Siap ada laluan khas ke istana lagi itu pun demi rakyat? 

Yang keenam. Hendaklah bertepatan tetapi belum tentu bertepatan. Aku bagi cadangan ringkas je. Setiap dari korang yang bersongkok dan berserban keluar dari pejabat korang yang selesa tue sekarang. Amek buku, pen dan bawa hp yang boleh merakam. Mulai dari hari ini sila berjalan pusing satu Malaysia. Dari Perlis sampai ke Sabah. Masuk kampung masuk daerah. Masuk bandar masuk pendalaman. Kau buat tinjauan dan bancian. Pergi ke setiap rumah jangan tertinggal satupun. KAU TANYA RAKYAT MALAYSIA SENDIRI. SATU PERSATU. SEORANG DEMI SEORANG. KAU TANYA APA YANG DORANG ALAMI UNTUK TINGGAL DI NEGARA INI. Silakan. Aku berani cabar sebab aku tahu apa yang RAKYAT MALAYSIA ALAMI dan LAKUKAN demi MEMUASKAN NAFSU KERAJAAN MALAYSIA.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...