Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Mac 2015

Hutang Luar Negara Malaysia Meningkat 3 Kali Ganda Kepada 740 Billion - 1MDB Mendapat Suntikan Dana 970 Juta.


Pening.. pening..

Tajuk pertama.

1. Hutang luar negara kita meningkat sebanyak 3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. 

2. Perkara ini didedahkan sendiri oleh ahli parlimen Selayang, William Leong (PKR) menerusi jawapan bertulis dari kerajaan di parlimen siang tadi.

3. Kementerian kewangan menyatakan ;
"Kenaikan tinggi itu akibat "takrifan baru" hutang luar negara.

Kementerian juga berkata dua pertiga tambahan hutang itu akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara". (Mkini).
4. Dalam pada itu MP Selayang juga mendedahkan bagaimana 1MDB mempunyai hutang luar negara dari entiti (syarikat) asing berjumlah 42 billion banyaknya.

5. Mewakili 1MDB sahaja, hutang luar negara mencecah 42 billion (dari 740 billion).

6. Pinjaman luar negara dalam jumlah besar bagi syarikat seperti 1MDB adalah bahaya tambah MP Selayang itu lagi.

Oke. 

Fakta yang kita tahu.

Hutang luar negara meningkat 3 kali ganda.
Tahun 2014, 196 billion (suku ketiga).
Tahun 2015, ia meningkat kepada 740 billion.
Salah satu syarikat yang memiliki hutang luar negara yang banyak ialah 1MDB, iaitu berjumlah 42 billion.

Tajuk kedua.

1. Rafizi Ramli dan Tony Pua mendedahkan beberapa info terkini mengenai syarikat kontroversi 1MDB yang mencatatkan hutang dan kerugian tertinggi dalam sejarah syarikat berkaitan kerajaan.

2. Rafizi mendedahkan bahawa dia mendapat maklumat dari sumber dalaman orang UMNO yang menghadiri mesyuarat tertutup UMNO Bahagian bersama Najib Razak baru2 neh.

3. Perjumpaan tersebut diadakan bagi membolehkan Najib Razak mempertahankan dirinya dalam isu 1MDB disamping mengumpul sokongan bagi memastikan kedudukan dia sebagai PM terus terjamin.

4. Dalam perjumpaan tersebut Najib dilaporkan berkata 1MDB akan mendapat suntikan dana sebanyak 900 juta dari wang pembayar cukai (kerajaan persekutuan).

5. Ini berlaku kerana 1MDB sebenarnya menghadapi masalah aliran wang tunai (alasan yang dinyatakan kepada UMNO Bahagian) bagi menghalalkan tujuan suntikan dana tersebut.

6. Tony Phua juga mendedahkan bahawa maklumat yang sama turut dilaporkan menerusi portal Bussiness Times Singapore.

7. Hasil semakan aku mendapati kenyataan Tony Phua itu adalah tepat.

8. Ini ialah link rujukan bagi berita berkenaan ==> http://www.businesstimes.com.sg/government-economy/kl-extends-rm970m-loan-to-1mdb

9. Bezanya kat sini ialah Rafizi sebut 900 juta ringgit Malaysia.

10. Namun Bussiness Times melaporkan amount sebenar ialah 970 juta ringgit Malaysia.  

11. Hampir 1 bilion banyaknya.

12. Daripada 970 juta suntikan dana tersebut (berbentuk pinjaman perlu bayar semula 1MDB kepada kerajaan persekutuan), dilaporkan 300 juta telah disalurkan kepada syarikat berkenaan. Kenyataan disebut oleh Rafizi.

13. Di berita berkaitan juga ==> http://www.businesstimes.com.sg/government-economy/update-1mdb-makes-payment-on-dollar-debt-price-drops-to-record-low, 1MDB dilaporkan telah membayar kadar faedah bernilai USD 66 juta atas bon dollar 2023 pada isnin lepas.

14. 1MDB telah menawarkan bon dalam jumlah yang tinggi sebab itulah mereka perlu membayar faedah yang tinggi juga. 66 juta dan itupun dalam USD dollar. Untuk tempoh sehingga 2023. Sebab itu tarikh matang bagi penawaran bon berkenaan.

15. Persoalannya ialah apakah bentuk urusniaga 1MDB sehingga mereka perlu membuat tawaran bon dollar dan juga mengapakah kerajaan perlu meluluskan pinjaman 970 juta kepada 1MDB sedangkan 1MDB dilaporkan telah terlepas 3 kali dari tarikh asal yang sepatutnya dijadualkan untuk membayar hutang kepada bank-bank tempatan?

16. Apabila kita membuat tawaran bon dengan tujuan mahu mendapatkan aliran tunai, ini bermaksud kita telah terikat kepada pembayaran faedah secara tahunan.

17. Bila kita bertanggungjawab untuk membayar faedah (kepada pemilik bon) , sudah tentulah urus-niaga kita mensasarkan keuntungan bagi membolehkan kita memiliki wang yang secukupnya untuk membayar faedah tahunan sehinggala tarikh matang bon tiba.

18. Dalam kes 1MDB, syarikat berkenaan bukan sahaja gagal menunjukkan di mana, bagaimana dan macam mana mereka membuat keuntungan melalui pelaburan2 luar negara, bahkan dilaporkan juga mengalami kerugian kerana itu gagal membayar pinjaman ikut jadual.

19. Apabila melihat kepada prestasi teruk 1MDB ini, apakah logiknya kerajaan menyalurkan pinjaman 970 juta ringgit Malaysia kepada syarikat berkenaan?

20. Bagaimana pula jika syarikat itu gagal membayar pinjaman tersebut?

21. Adakah rakyat perlu menanggung kenaikan cukai GST dari 6 kepada 7,8,9 atau 10%?

22. Adakah rakyat perlu menanggung lebih banyak hutang berikutan peningkatan kadar faedah bagi bank2 tempatan?

23. Tidak sepatutnya langsung apa-apa dana disalurkan kepada 1MDB memandangkan syarikat berkenaan sedang disiasat dan menghadapi pelbagai kontroversi.

24. Kerajaan sanggup larang atau halang peminjam2 PTPTN dari ke luar negara hanya semata2 mereka memiliki hutang pendidikan. Tapi dalam waktu yang sama kerajaan secara membabi buta suntik dana kepada satu syarikat yang penuh dengan urus-niaga yang meragukan disamping kegagalan syarikat berkenaan membuktikan bahawa mereka untung dalam setiap pelaburan yang dilakukan.

25. Tapi dalam banyak2 perkara, yang paling dibimbangkan ialah jika bon berkenaan dijamin oleh kerajaan, ini bermaksud sekalipun 1MDB mengalami kerugian dan dibubar, kerajaan tetap perlu membayar semula hutang2 bon kepada pelabur2 yang memberi pinjam. Ia semakin teruk jika hutang itu dalam USD. Kerana nilai matawang kita jatuh. Sudah tentu la kadar pertukaran meningkat dan semakin membebankan kedudukan kewangan kerajaan.

26. Sebab itu bagi memastikan kedudukan kewangan 1MDB dan segala urus-niaganya, sesuatu perlu dilakukan. 

27. 1MDB perlu mendedahkan kedudukan kewangan, jumlah hutang, nilai bon, kadar faedah, jumlah pinjaman, pemberi pinjaman, bentuk urus-niaga, laporan kewangan, account syarikat, pendek kata segala-gala bagi tujuan kajian dan siasatan di parlimen. 

28. Tak cukup jika hanya pihak2 tertentu seperti PDRM dan SPRM sahaja diberikan hak untuk akses kepada maklumat2 tersebut. Siapa jamin mereka akan membuat siasatan telus lagi adil. Maklumat berkenaan perlu didedahkan di parlimen dan pembangkang perlu diberikan hak untuk mengakses maklumat2 tersebut bagi tujuan siasatan.

29. Aku teringat kembali. Mahathir pernah mendesak. Najib perlu dedahkan di bank manakah dia menyimpan wang2 pelaburan 1MDB jika benar wang2 tersebut telah dibawa kembali ke Malaysia.

Persoalan itu sangat menarik. Ia seolah-olah Mahathir membayangkan bahawa 'wang tersebut sudah hilang kerana kerugian dalam pelaburan' dan mungkin disebabkan itu 1MDB kini terikat dengan pelbagai jenis hutang dan pembayaran faedah dan jadual pinjaman berikutan dari kerugian tersebut.

1 Malaysia memang dalam bahaya sekarang..

Jujur aku cakap. Aku takut. Aku takut bagaimana 1MDB ini nanti bakal memberikan kesan ke dalam hidup aku dalam bentuk inflasi, kemelesetan, kenaikan kadar faedah dan cukai dan juga kos sara hidup. 

Fikir2kan la ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...