Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Mac 2015

PANAS - Menteri Mengaku BN Amal Politik Rasuah? - Video Mesti Tonton.


Ketika ini krisis kepimpinan dalam UMNO dan MIC begitu memuncak. Jika Najib diserang dengan 1MDB, G.Palanivel juga tidak ketinggalan. Serangan terbaru terhadap menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar itu melibatkan satu penyebaran video klip yang memperlihatkan menteri berkenaan seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang dan membayangkan bagaimana dia mempunyai hubungan yang mesra dengan pembangkang khususnya dari PKR.

Video berkenaan berdurasi lebih dari 3 minit juga memaparkan perbualan G.Palanivel yang membayangkan bagaimana BN cuba mempengaruhi pengundi menggunakan wang (rasuah politik).

Sebenarnya. Tujuan utama penyebaran video berkenaan adalah untuk membuktikan bagaimana kaum india dan BN diperkecilkan oleh menteri berkenaan. Ia juga merupakan satu desakan kepada menteri berkenaan untuk berundur dari jawatan yang dipegangnya dalam MIC.

Dalam perkembangan yang berkaitan, G.Palanivel menafikan kandungan video berkenaan dan mengatakan video berkenaan telah diedit bagi tujuan menfitnahnya. Satu laporan polis akan dibuat bagi menyiasat penyebaran video berkenaan oleh laman facebook 'Kitchen Up TV'.

Namun pihak yang menyebarkan video berkenaan menafikan sekeras-kerasnya video berkenaan ialah fitnah sebaliknya akan terus menyebarkan kandungan video yang lain pula. Ini hanyalah penyebaran siri pertama dan permulaan.

Lihat video berkenaan dibawah ;



Klik sini jika video gagal load. 

Dengan tarik keluar point G.Palanivel yang berkata "All go to PKR very quietly.. they go for PKR..they take the money and put that side.. and Barisan will lose"

Menunjuk satu proses bahawa BARISAN NASIONAL menggunakan WANG bagi tujuan mendapatkan undi dan sokongan namun pengundi tetap tidak mengundi mereka. Mereka ambil duit tersebut (merujuk kepada masyarakat india) namun mereka tidak mengundi BN meskipun duit tersebut telah diambil.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang menteri.

SPRM dan PDRM patut siasat laju2 tentang penyebaran video berkenaan. Terutamanya part ayat yang aku highlightkan tue.

Edit ka tak edit ka sunting ka tak sunting ka apa ka mula2 siasat dulu samada video berkenaan betul atau versi 'pelakon yang menyamar jadi G. Palanivel. Jika video berkenaan benar, kenyataan itu pula benar2 dikeluarkan oleh G. Palanivel maka menteri perlu diambil keterangan dan menjelaskan apa maksud bahawa "mereka semua ambil duit tersebut namun undi berpihak kepada pembangkang".

Ini satu pengakuan yang seriyus. Aku nak tengok apa tindakan PDRM dan SPRM dalam kejadian ini. Takan tangkap dan siasat peserta demo je kot.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...